Thursday, May 5, 2016

Uber & Grab Car VS Teksi Berdaftar

Assalamualaikum

Ini adalah topik yang panas dan serius untuk dikupas secara mendalam. Terdengar keluhan seorang pemandu teksi membuat aku terfikir sejenak akan keadilan terhadap mereka yang mencari rezeki dengan memandu teksi sepanjang hari. Pendapatan yg mungkin tidak seberapa, sekadar cukup untuk menampung sewa harian dan belanja harian. Mungkin juga sehari itu tidak mendapat sebarang pendapatan dan pulang dengan hampa.

Kehadiran Grab Car & Uber menyekat pendapatan pemandu teksi yang berdaftar. Pemandu teksi terpaksa berulang alik ke Puspakom untuk pemeriksaan kenderaan manakala pemandu Grab Car & Uber tidak perlu membuat sedemikian. Bayangkan 3 4 hari mereka di Puspakom menanti pemeriksaan dan terpaksa lakukan semula pemeriksaan, di situ mereka telah mengalami kerugian. Pemandu Grab Car & Uber tidak perlu melalui pemeriksaan di Puspakom, tidak perlu mengambil lesen PSV. Adilkah begitu?


Dalam hal ni, di mana penguatkuasa? Kenapa tidak ditetapkan syarat yg sama untuk pemandu Grab Car & Uber seperti pemandu teksi biasa? Adakah kerana ada Menteri yg berada di sebalik Grab Car & Uber? Siapa pula yg akan membela nasib pemandu teksi yg mencari rezeki dengan memandu teksi semata? Mereka hanya mampu berserah pada Allah sahaja. Setiap rezeki itu datangnya dari Allah. Jika niat ikhlas kerana Allah, InsyaAllah ada jalan walau bagaimanapun. Cakap banyak x guna, tembak x kena, fikir-fikirkan lah ye.

No comments: