Monday, March 21, 2016

الحمد لله Rezeki dari ﷲ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


الحمد لله
ﷲ knows best
Sesungguhnya ﷲ tahu apa yang terbaik

Allah Ambil yang lain dan gantikan dengan yang lain. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Itu yang aku pegang bila terjadinya sesuatu ke atas aku. Dugaan yang aku hadapi 2 kali tahun 2015 digantikan dengan yang lain pada 2016 ni. 

Perkembangan karier ni mengukuhkan lagi diri kedudukan aku di Syarikat ini. Memang agak sukar untuk mendapat kenaikan pangkat di waktu kegawatan ekonomi di zaman ini. Kebanyakkan syarikat membuang pekerja untuk menampung kos yang semakin mencanak naik. Syarikat tempat aku bekerja juga tidak terkecuali dari membuang pekerja.

Setelah genap 2 tahun 5 bulan bekerja disini, akhirnya naik 1 lagi anak tangga pangkat. Ini bermakna tanggungjawab juga semakin bertambah. Semoga Allah permudahkan segalanya.

Sunday, March 13, 2016

Telefon Pintar vs Kehidupan

Ni zaman teknologi. Zaman yg semuanya di hujung jari je. Semua yg diperlukan ada di dalam gajet canggih. Tipu la kalau kata tiada gajet. Budak setahun pun dah ade tablet sendiri tau. hmmmm

Pukul berapa skrg ni? - tengok jam telefon
Alamak!! Sesat la - tengok Waze
Nak dengar radio - guna telefon
Nak menonton video - guna telefon
Nak masak apa ek hari ni? - cari resipi guna telefon
Nak mengaji - buka Apps Quran
Nak main game - download je Apps

Semuanya telefon. Sehingga kita lupa orang di sekeliling kita. Terlalu leka dengan telefon membuat kita alpa. Lupa insan tersayang yang memerlukan kita disisinya bukan telefon. Kekangan masa akibat sebiji telefon yang telah merampas semua sekali hak manusia.

Adilkah kehidupan.? Bila buat perjumpaan keluarga pun semakin kurang komunikasi sesama keluarga akibat sebiji telefon. Masing² leka menelek telefon. Entah apa yang meriah sangat dari bersembang. Terlalu pentingnya telefon sehingga tiada lagi bual bicara bersama keluarga.

Telefon yang berharga 2 ribu mampu menggantikan keluarga yang tidak ternilai harganya. Sedih sangat melihat situasi ini. Hakikat kehidupan sekarang yang semakin menyesakkan jiwa.

Thursday, March 10, 2016

Disiplin!!

"Dik, awak boleh ke belakang sikit tak? Bahaya la berdiri kat garisan kuning ni"
'Dah tau bahaya yang gi berdiri kat situ kenapa? Lain kali jangan la potong barisan'
"Kenapa? Ada masalah?"
Diam, malas nak layan
"Saya berdiri depan awak tadi tau. Bukan saya memotong barisan. Saya kat line ni tadi, lepas tu saya pergi barisan sana"
Diam, lantak kau lah mana pun
"Awak ingat saya tak ada disiplin ke? Awak nak carik gaduh ke?"
Suke hati kau lah kak. Aku malas nak layan orang yang berlagak.

Disiplin? hahahaha
Dia claim diri dia tu disiplin. Kejadahnye disiplin kalau dah tau badan tu tak kecik mana tapi sibuk nak tolak orang bajet leh muat dalam tren tu. Cik kak oi!! Aku nampak tren dah penuh walaupun aku sedar ada ruang yang boleh untuk aku menyelit, takde lah aku nak masuk menyelit jugak. Tambahan lagi, kau nak menyelit dekat kaum lelaki. Kak, jaga la sikit perbatasan antara kaum. Dah tua kan, tak kan lah tak reti nak jaha adab.

Kata disiplin~~~
Disiplin pemende cenggitu? Memang suka ek bagi lelaki lain rasa aset yg akak ade? eeeeeee!! Nauzibillah himin zalikkkk~~Mintak dijauhkan dari aku dan seluruh keturunan aku dariperangai 'disiplin' cenggitu.

Aku ni malas nak gaduh dgn orang tua. Kak, xyah la nak gaduh dgn saya ni haa. Buang masa je kak oii. Baik masa gaduh tu akak gi kelas mengaji ke, buat solat sunat ke,kan lagi bagus.

Tuesday, March 8, 2016

Kepada Orang Atasan - Daripada Orang Bawahan

Maafkan saya Puan. Saya memang akan balik bila habis waktu kerja. Saya kena buat kerja rumah bila sampai rumah nanti. Pembantu rumah pun saya tak mampu nak gajikan. Saya lah yang menjadi pembantu rumah bila di rumah. Puan lain, rezeki Puan ada orang gaji boleh siapkan semua kerja rumah.

Zaman sekarang ni semuanya perlukan duit. Kalau upah orang gaji tu tak memerlukan duit keluar sesen pun, memang dah lama saya upah orang gaji kat rumah saya tu. Saya pun tak duduk sendirian bila En Suami saya kena tugas luar.

Puan, saya bukan kisah sangat pun Gred saya naik. Saya pun memang TAKNAK naik. Biar kekal je jadi kerani. Apa yang penting bagi saya adalah gaji naik. Kalau ikutkan hati saya ni, saya nak berhenti kerja. Perasaan ihsan pada kawan-kawan lain membuatkan saya masih kekal disini. Sekiranya saya mengikut kata doctor, memang saya akan berehat demi kesihatan saya. Saya masih kekal disini dan mengabaikan kesihatan saya, mengambil risiko yang sangat besar tanpa Puan sedari.

Saya rasa isu saya balik tepat pada masanya itu tidak perlulah dipertikaikan. Saya kerja lebih masa pun gaji saya bukan naik dua kali ganda pun. Tetap jugak ikut seperti dalam jadual. Tidak perlulah Puan pertikaikan kenapa saya hilang selepas tamat waktu kerja. Saya jenis yang mementingkan keluarga, bukan mementingkan hal lain. Saya meletakkan kedudukan “KELUARGA” di tangga teratas sekali dari yang lain.

Tanpa keluarga, saya tidak akan menjadi seperti sekarang. Berkat doa dari keluarga saya lah saya berjaya. Tambahan pula sekarang saya mempunyai suami yang agak memandang serius pada waktu. Bukan suami tidak memahami kerjaya saya di bidang perakaunan ini. Akan tetapi masa bersama keluarga itu yang dititikberatkan. Kalau saya balik lewat, berapa lama masa yang saya ada untuk keluarga saya?

Siapa pula yang akan membuat kerja rumah? Pukul berapa saya akan tidur? Pukul berapa saya akan bangun? Siapa yang akan menyiapkan sarapan untuk suami saya? Semua kerja ini pembantu rumah Puan yang lakukan. Saya? Sayalah pembantu rumah di rumah saya sendiri. Harap mengerti akan perbezaan disini. Gaji saya takat cukup makan sahaja berbanding gaji Puan yang mampu bercuti di luar Negara setiap tahun selama seminggu.


Rezeki kita lain-lain kan Puan. Saya redha dengan rezeki saya. Puan pun patutnya redha la jugak, tambahan Puan pun telah selamat menunaikan Haji di Mekah. Saya doakan Puan berubah menjadi muslimah sejati. Sekian, dari orang bawahan buat Puan orang atasan.

Thursday, March 3, 2016

Penatnya hati ini kerana menjaga hati. Terlalu leka memikirkan hati insan lain sehinggakan hati sendiri yang disakiti. Pedihnya hati menjaga hati dengan berhati-hati. Sakitnya hati dilukai. Oh hatiku bertabahlah duhai hati!!

Apakah hati tidak akan dilukai andainya kita terlalu berhati-hati? Atau apakah hati ini akan dilukai kerana tidak pandai melukai lantas terluka akibat dilukai? Salahkah hati kerana berhati-hati? 


Hati ini hancur dan luluh keranamu
Hati ini hancur dan luluh keranamu

Hati² dengar sini
Jaga diri jaga hati

Hati ini walaupun telah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi

Wednesday, March 2, 2016

Parasit!!

Assalamualaikum.  Beberapa hari kebelakangan ni kecoh pasal orang ketiga dalam hubungan suami isteri. Orang ketiga mula bermesej dengan isteri si suami untuk memecahbelahkan hubungan. Orang ketiga pos di laman sosial keburukan si isteri yang mungkin hanya rekaan & khayalannya sahaja.

Pada aku perempuan yang menjadi keretakan hubungan suami isteri ni bukan perempuan yg baik. Perempuan jenis tak malu dan tak laku. Maaf, bukan tak percaya pada takdir, sekadar pendapat aku sahaja. Susah sebenarnya menjaga rumah tangga ni. Segala serba serbi tak kena seharusnya melalui perbincangan bukan melalui kecurangan pasangan.

Bukan lepas nikah terus senang. Pasti ada pasang surutnya. Masing-masing pasti akan membantu membina rumah tangga seperti yang diimpikan. Sebab itulah Islam menggalakkan percintaan selepas bernikah agar rumah tangga itu kekal bahagia hingga ke Syurga.


As for me, if you want to marry someone just to make a babies, just forget it. If you marry someone with Iman, you will accept your partner in any situation. To ladies out there, find Single Men for you to marry with. Get rid of others marriage. We would never know what will happen in future. Today we take others husband, tomorrow we would never know if others take our husband. This is Kifarah!! Wallahualam