Monday, March 21, 2016

الحمد لله Rezeki dari ﷲ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


الحمد لله
ﷲ knows best
Sesungguhnya ﷲ tahu apa yang terbaik

Allah Ambil yang lain dan gantikan dengan yang lain. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Itu yang aku pegang bila terjadinya sesuatu ke atas aku. Dugaan yang aku hadapi 2 kali tahun 2015 digantikan dengan yang lain pada 2016 ni. 

Perkembangan karier ni mengukuhkan lagi diri kedudukan aku di Syarikat ini. Memang agak sukar untuk mendapat kenaikan pangkat di waktu kegawatan ekonomi di zaman ini. Kebanyakkan syarikat membuang pekerja untuk menampung kos yang semakin mencanak naik. Syarikat tempat aku bekerja juga tidak terkecuali dari membuang pekerja.

Setelah genap 2 tahun 5 bulan bekerja disini, akhirnya naik 1 lagi anak tangga pangkat. Ini bermakna tanggungjawab juga semakin bertambah. Semoga Allah permudahkan segalanya.

No comments: