Thursday, December 31, 2015

Ma'as-salama 2015, Ahlan Wa Sahlan 2016

ﺒﺳﻢﷲﭐﻠﺮﺤﻤﻦﭐﻟﺮﺤﻴﻢ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Beberapa jam sahaja lagi tahun 2015 diiringi 19 Rabiulawal 1437H akan berlalu pergi. 2016 akan menjelma membawa bersama 20 Rabiulawal 1437H.

Alhamdulillah kehadiran 2015 membawa bersama berita gembira apabila usia kandunganku mencecah hampir 3 bulan. Perginya 2015 membawa berita duka dengan kehilangan 2 kandunganku di bulan Feb dan Nov. Sedihnya hanya Allah yg mengubati.

Syukur ke hadrat Ilahi masih dipanjangkan usia ini untuk kembali merenung dosa silam agar segera bertaubat kepadaNya. Allahu Akhbar.

Diharapkan kehadiran 2016 membawa pelbagai kegembiraan untuk mengubati kesedihan tahun 2015. InsyaAllah dengan izin dan kuasa Allah.

Monday, December 28, 2015

Kehilangan

Kehilanganmu
Sungguh berat bagiku

Benar. Kehilangan insan tersayang amat memilukan hati. Menyentap sanubari. Menusuk kalbu.

Namun, aku sedar akan ujian yg Allah berikan. Semuanya untuk menguatkan aku.

Allah uji kerana Allah sayang. Allah uji kerana aku insan terpilih.
Allah uji kerana Allah hendak menguji insan sekeliling insan yg sedang diuji.

Seharusnya kita bersyukur saat diuji kerana itulah tanda Allah sygkan kita.

2015 merupakan tahun di mana aku kehilangan 2 orang anak yg aku kandung.
Sudah tertulis di ATAS bukan rezeki untukku menjaga mereka
Alhamdulillah, walau di uji sebegitu hebat, aku dikelilingi insan2 yg hebat
Insan yg selalu memberi kata semangat supaya aku menjadi lebih kuat menghadapi

insyaAllah, janji Allah itu pasti
DIA ambil sesuatu dan gantikan dengan sesuatu yg lebih baik
ALLAH MAHA MENGETAHUI

AL-FATIHAH buat kedua anakku Syaukat Azib & Azyan Syuhrah

Tuesday, October 27, 2015

Reunion

Mini Reunion ataupun Big Reunion memang tersangatlahhhh susah sangat. Sebab apa? Sebab masing2 ada kerjaya, masing2 ada keluarga, masing2 ada kehidupan sendiri. Walaupun rancangan asal nak buat reunion diusia 25 tahun, rancangan itu terpaksa dibatalkan atas banyak faktor.

Bukan berniat nak mungkir janji, akan tetapi kekangan masa itu amat tidak membenarkan rancangan itu dilaksanakan. Nampak gayanya terpaksa ditunda lagi ke masa akan datang yang entah bila akan terlaksana impian, harapan dan rancangan itu. Benarlah, manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Sabtu lepas dapat juga berkumpul sebentar, itu pun masih belum cukup. Masih ada yang tidak dapat menghadirkan diri ke majlis walimah tersebut. Alhamdulillah dengan adanya majlis walimah, selain meraikan mempelai, kita juga dapat berkumpul kembali dan mengeratkan silaturahim. Syukur kepada Allah kerana sekurangnya dapat juga berkumpul seketika setelah sekian lama tidak bersua muka.

2015 hampir melabuhkan tirai, perancangan reunion masih juga dirancang, cuma entah akan berlaku seperti dirancang ataupun tidak. Hanya mampu berserah dan pasrah. Halangan pasti menjelma, namun rancangan tetap akan dirancang seperti tahun2 sebelumnya. InsyaAllah, doakanlah agar segalanya dipermudahkan Yang Maha Esa.

Jangan kritik orang ikut sedap mulut!!!!

Pernah jadi dalam hidup anda bila orang minta pertolongan dari kita kemudian menjatuhkan kerja kita?
Pasti pernah bukan? Perasaan itu pastinya sangat menyesakkan jiwa. Geram, marah, menyampah. Setelah pertolongan diberi, dikritik pula kerja tersebut. Dalam hati pastinya menyesal menyumpah seranah.

Tidak kira la pangkat tinggi atau rendah, ucapkanlah terima kasih diatas pertolongan yang diberikan. Kerja yang diberi itu bukan lah kerja orang yg memberi pertolongan tetapi kerja orang yang meminta pertolongan. Bersyukurlah atas bantuan yang diberikan. Bukan mengkritik mengatakan kerja itu lembab, orang yang membuat kerja itu lembab. Tidak sepatutnya begitu.

Telah beberapa kali ungkapan itu diluahkan, diucapkan kepada orang bawahan, tapi, bila hendak meminta pertolongan, pandai pula bermanis mulut. Kalah kemanisan gula dan

Friday, October 2, 2015

Dari Isteri Seorang Anggota Tentera

Risiko berkahwin dengan askar adalah sering berjauhan kerana tugas.  Hanya wanita yg tabah mampu menghadapi dugaan sementara itu. Mana mungkin hati tidak bimbang dan gusar. Mana mungkin jiwa tidak memberontak setiap kali terpaksa berjauhan, namun kerana khidmat bakti kepada Negara tercinta, terpaksa direlakan jua walau apa jua cara sekalipun. Airmata yg menitis siapa yg tahu. Hati yg merintih, hanya Allah yg mengetahui.

Bukan mudah merelakan begitu saja. Airmata pasti turut serta. Tatkala kerinduan menjelma, panggilan telefon menjadi penawarnya. Bagaikan org bercinta, melepaskan kerinduan yg bersarang di dada. Bahagia rasanya mendengar khabar dari si dia.tak cukup rasanya masa yg berlalu. Tanpa sedar mencecah hingga berjam-jam lamanya. Alpa seketika dgn dunia semasa.

Tabah lah wahai hati. Tabah lah wahai jiwa yg lara.

Saturday, July 4, 2015

Short Escape to Pangkor Island

1st - 3rd May 2015

Honey Barney Moon Escape to Pangkor Island. Ni merupakan kali pertama hanimun selepas 8 bulan menjadi partner in crime. muehehehe

Actually its unexpected plan pun nak menghala ke Pangkor ni.  Suddenly thinking of that. Well I guess everyone need some escape to somewhere out of the city.

Why we choose Pangkor? Pangkor ni bukan 1st choice pun. Our 1st plan nak ke Langkawi tp sbb masa tu pulak xde flight promo, tiket bas pun dah sold out, maka kerana terpaksa kurelakan. kah kah kah

Entah la, sebab bila mintak tolong kt Uncle Google, keluar Pulau Pangkor. Lagi 1 sebab terjumpa Nipah GuestHouse. Mata dah tertarik, hati dah terpikat dekat design chalet tu. Serius chantek bak anggg

Tempahan penginapan dibuat lebih kurang 3 minggu sebelum percutian. Memang bilik utk 2 orang dah penuh la. Ni lah akibat kalau buat keputusan lambat. Sebenarnye xde la lambat pun, weols ikut fulus jugak la.. hohoho

So selepas perbincangan melalui email dapat bilik utk 3 org je. Xpe lah dari x dapat g mn2 pun kan. Lepas dapat harga je terus discuss dgn Suami tercinta nk confirm ke x. Bila suami setuju je, laju je la iols confirm n trus buat payment.

Bila 1 Mei tiba, iols pun ekcited tahap super la nk g tempat best. Plan nk ke Lumut kena delay sbb Suami dpt call ckp dia Duty aritu. Sedih betul hati iols ms tu tau. Apakan daya, iols ni berkahwin dgn insan yg khidmatnya untuk Negara tercinta. Terpaksa la melepaskan suami bertugas di hari cuti dgn linangan air mata.

Sayu, hati ini rasa sayu

But he managed to get back early. Hampir asar jugak la kami gerak dr KL ni. Tapi memang bukan rezeki jugak la nk smpai awal. Highway ke utara memang standard la bila tiba musim cuti. Sesak x hengat punyer la.

Hampir pukul 12 jugak la sampai kt Lumut tu. Memang tak fikir ape dah. Weols decide untuk tidur dalam kereta je sementara tggu feri pukul 7 pagi. Hotel sekitar Lumut pun penuh. Memang crowded musim cuti2 Malaysia ni.

So 2 hari je la kami kt Pangkor tu, tapi 2 hari tu pun berbaloi jugak la n sempat jugak la pusing 1 pulau tu. Ramai rasanya yg dah share story pasal Pangkor ni so iols xmo cite dah. Motif nk up pasal Nipah Guesthouse tu je la. hohoho

Ok, iols blanje gambar chalet tu. Kalau nak lebih, ampa p la sendiri naa. Enjoyyy!!

ni katil Queen  kt belah atas (view dari katil single)
tangga atas (view dari katil single)


katil bujang (view dari katil queen)

toilet yang sangat sangat sangat besih
Tangga curam (view dari tingkat atas)
Tangga (view dari tingkat bawah)


A-Cottage yg menarik hati menusuk kalbu

Saturday, January 3, 2015

aku x fham
lumrah manusia ke tny soalan yg melawan fitrah?
mmg soklan cepumas tu wajib ek?

Bile abis SPM, tanya nak further study kt mana
Bila abis study, tanya bila nk kawen
Bila da kawen, tanya bila nk ade anak
Bila da ade anak, tanya bila nk tambah lagi sorg
Bila dah anak sorg, tanya bila nak tambah lagi

ni soal jodoh n rezeki
tu hak Allah!!
bkn hak manusia nk tentukan tu semua
xkn la nk melawan fitrah
berani ke?

Usah dipertikaikan segala yg telah ditetapkan
kita manusia sama saje
takde beza antara kita
hidup ini ada aturan yg telah ditetapkan