Thursday, December 31, 2015

Ma'as-salama 2015, Ahlan Wa Sahlan 2016

ﺒﺳﻢﷲﭐﻠﺮﺤﻤﻦﭐﻟﺮﺤﻴﻢ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Beberapa jam sahaja lagi tahun 2015 diiringi 19 Rabiulawal 1437H akan berlalu pergi. 2016 akan menjelma membawa bersama 20 Rabiulawal 1437H.

Alhamdulillah kehadiran 2015 membawa bersama berita gembira apabila usia kandunganku mencecah hampir 3 bulan. Perginya 2015 membawa berita duka dengan kehilangan 2 kandunganku di bulan Feb dan Nov. Sedihnya hanya Allah yg mengubati.

Syukur ke hadrat Ilahi masih dipanjangkan usia ini untuk kembali merenung dosa silam agar segera bertaubat kepadaNya. Allahu Akhbar.

Diharapkan kehadiran 2016 membawa pelbagai kegembiraan untuk mengubati kesedihan tahun 2015. InsyaAllah dengan izin dan kuasa Allah.

No comments: