Sunday, January 31, 2016

UTC Melaka

Assalamualaikum

Masih di Melaka harini tapi lokasi yg lain pulak. Harini ke JPN la kiterrr sbb anak buah nak tukar IC yg da rosak. Lasak sungguh budak ni sampai IC rosak. Sampai ke UTC tu sekitar jam 12.30 tengahari. JPN terletak di tingkat 7 kt UTC Melaka ni.

Sampai JPN amik nombor giliran sendiri. Sebab tiada sesiapa di kaunter pertanyaan, kami pun main tekan je la no kt situ.

  • No 1 Kad Pengenalan
  • No 2 Kelahiran
  • No 3 Kematian
So dengan keyakinan yg tinggi setanding Gunung Everest, kami pun tekan la No 1. Kemudian keluar pulak 

  • No 1 Pendaftaran Kad Pengenalan
  • No 2 Kutipan Kad Pengenalan
"Ahhh, sudah. Betul ke ni?" Tanya En Suami yg sudah mula dilanda kekeliruan. As usual la, Pn Isteri ni memang tahap keyakinan terlajak tinggi punye. Maka dengan bahagianya tekan je la No 1 keluar la nombor giliran.

Rasa pelik pun ade. Betul ke idok ni? Tawakal saje lah. Cari borang nak ganti MyKad xde pulak. Tunggu kejap je x sampai 5 minit camtu nombor dah naik. Terus ambil gambar dulu. Kemudian pegawai bertugas suruh datang balik lagi sejam. 

Lega rasa hati sebab x perlu la nak tunggu lama2. Turun ke kafetaria aras bawah tu. Giler lengang situ. Order makanan dekat kedai bajet RM5. En Suami dengan anak buah makan Talapia Black Pepper, Pn Isteri ni pulak amik Ayam Ketuk. 

Memang terbaik baq hang. Sodap aihhh!! Memang highly recommend la kt sane tu. Selesai makan naik balik kt JPN tu, siap suda MyKad baru. Tak sampai sejam la tunggu. Perkhidmatan yg sangat pantas. yeahhhh!!

Untuk perkhidmatan lain kt UTC Melaka tu leh la Google ye. I pokus kt JPN tu je. muahahhaa. Salammmmmm

Saturday, January 30, 2016

Klinik Pergigian Arisyah

Assalamualaikum. Harini ke Masjid Tanah la kitaaa...Balik Kampung weeeeeeee~~~~~~

Dah alang2 kt kampung ni, En Suami berhasrat untuk ke klinik gigi bagi mendapatkan rwatan pergigian. gigi berlobang katenyeee

So weols pun ke pekan Masjid Tanah. Target nk ke Klinik Pergigian Dr Faizal. Unfortunately, clinic was closed at 2pm :(

Search Google jumpa Klinik Pergigian Sentosa. Jumpa dah tempatnye. Skali tutup daa. Yelah, da smpi kt pekan pukul 4 xyah la nk expect klinik bukak lagi.

Bantuan Google digunakan sekali lagi. Jumpa Klinik Pergigian Arishah. Malang skali bila pusing kt Jalan Bandar Baru 2 tu x jumpa pun (based on foursquare location) So kita pun tukar plan. Instead of looking for a dentist, we go to petshop.

Kat Masjid Tanah ni memang ade banyak Petshop. Namun begitu, MJ Garden Petshop pilihan dihati. Elok je melangkah nak ke petshop tu, nampak pulak Klinik Pergigian Arishah yg betul2 sebelah Petshop ni. Cheq pun dengan bangga, riak n takburnye tunjuk kat En Suami klinik ni. Boleh pulak En Suami x perasan masa turun dari kereta.

Nasib baik klinik ni tutup pukul 5.30, so sempat la En Suami dapatkan rawatan gigi. Thanks to Dr Aripah (if not mistaken) for the great service.

For those yg nak carik klinik gigi kt area Masjid Tanah ni, sila la ke Klinik Pergigian Arishah




.

Thursday, January 28, 2016

Makanan + Aku

Assalamualaikum

Makanan + aku. Entry pasal makanan memang x pernah lagi aku up sbb aku ni bukan jenis yg makan segala macam. Aku memilih makanan yg aku rasa aku nk makan. Bukan simply orang hulur aku terus ngap je. Kalau aku x makan memang aku ckp aku xnk. Especially makanan yg aku x berapa nk minat sgt. Yg memang jenis xleh masuk tekak punye.

Memang dr kecik lg aku ni jenis pilih nk mkn ape yg aku rasa sedap kt tekak aku je. Sejak kecik lagi aku langsung x mkn sayur sbbnye aku rasa sayur tu x sedap. Skrg ni aku mkn la jugak sayur tp bkn semua jenis sayur la. Sayur hijau aku mkn la kecuali sawi ngan ulam2 tu. Hahaha

Aku hantu tomato. So tomato je la sayur yg aku makan dari dulu tapi aku buat makan mentah je. Mak slalu bli byk2 sbb mak tau mesti aku akn cukai tomato yg mak nk masak tu. Instead of kekurangan bahan masakan, mak lebihkan sket sbb time mak x perasan tu la tgn aku dgn bahagia + dedikasinye akan capai tomato yg mak dah potong tu.

Bihun, ketiaw memang aku x makan sgt. Makan pun takat nk jge hati org je la. Aku akn amik sket je sbb tekak memang xleh nk terima. Wlaupun aku cuba positifkan diri, memang takat bbrp suap je la.


Sejujurnye aku x kisah org nk ckp aku ni memilih makanan pun sbb aku memang cmtu. Sekian saje dari makanan + aku. Jangan salahkan mak aku lak sebab x ajar anak dia yg sorang ni memilih makanan. Mak ajar kalau x makan, jangan ambil makanan kalau xnak, jangan hina makanan.

Tuesday, January 26, 2016

Rakyat Malaysia Malas Bagi Signal Sebelum Menukar Lorong

Assalamualaikum. Topik arini seperti di atas. Berdasarkan ape yg aku perhatikan, rakyat Malaysia ni susah sangat nk bagi signal sebelum menukar lorong. Byk kes eksiden yg jadi sbb kegagalan pemandu bagi signal awal sebelum menukar lorong. Beli kereta tu kan dah siap signal stick skali kt dlm kete tu. TAPI, kenapalahhhh payah sgt nk bagi signal tu? Mahal sgt ke signal kereta tu? Kena bayar ke hape tiap kali bg signal tu?

Baru2 ni aku eksiden pun sbb kegagalan pemandu kereta bagi signal sebelum menukar lorong. Sampai sekarang la aku rs x selamat sgt naik motor ni bila ada pemandu yg cmni. Dah la menyebabkan kemalangan, terus dia jalan je mcm x bersalah langsung. Perbuatan yg sgt biadap. No plat tu mmg x cam la sbb aku gelap mata sekejap lepas jatuh tu. Tambahan pula kejadian berlaku wktu malam. Alhamdulillah xde la teruk mn pun luka. Setakat luka kecil je di tapak tangan dan lutut.

Bukan laju sgt pun motor masa tu sebab keadaan jalan licin lepas hujan. En Suami pun x berani nk bawak laju2 kalau lepas hujan. Kalau motor tgh laju masa tu, mau bontot kereta tu kena langgar, dan aku rasa sangat layak kalau bontot kereta tu kena langgar sbb x reti bagi signal. Main redah je tukar lorong x tgok blkg. Sengal betul driver tu.


So, dear readers, Please, Please n Pleaseeeee give a signal before change your line. Never ever change line whenever you feel want to do so.  Bukan kena bayar pun tiap kali lampu menyala, biar la 5 minit lampu signal tu menyala sekalipun asalkan nyawa org lain selamat. Nak ke rasa bersalah seumur hidup bila kita menjadi punca kematian org lain? Fikir2kan lah ek. Jalanraya bukan milik anda sorg, ia milik kita bersama. Wasalam.

Tuesday, January 12, 2016

Kes Viral Penyusuan Bayi

Assalamualaikum

Panas!!! Panas!!! Panas!!! viral skrg ni kes selfie sambil menyusukan bayi. Penyusuan susu ibu tu memang amat digalakkan, TETAPI yg ampa dok kalut selpi pastu post gmbr ank ampa dok meyusu tu pasaipa? Nak bagi support pd kaum ibu yg baru melahirkan? Awat la ampa x buat group whatsapp instead of upload dlm FB tu.

Betui la wanita ni ada 1 akai 9 nafsu. Sbbkan akal 1 tu la ampa dok buat kje gila. Pastu dok bangga menyusu kt tempat awam. Cheq ni pompuan jugak kak oiiiiiii. Tp cheq malu sgt dgn perangai ampa yg xtau nk jga maruah. Bila kita ada iman, kita xkn buat benda yg memalukan. Nak tau pasaipa? Pasai mal utu sebahagian daripada iman.

Bila da viral ampa jugak yg dok kalut nk buat repot polis sbb kebodohan ampa tu. Dah ampa yg p upload kt media social, bukan org len yg dok upload gmbr ampa dok selpi sambil menyusukan badan.

Ni kak oi!!! Cheq nk btau ni. Susu tu rezeki anak. Jgn smpi Allah Tarik balik la nikmat susu yg melimpah ruah tu. Elok2 bole menyusu smpi 2 tahun, nnt x cukup 2 tahun ampa gak yg susah. Hat tu nnt ampa lg kalut nk carik supplement bg cukup susu.

Cheq maleh nk ckp pnjg2 isu ni. Harap akak2 yg dok selpi ms menyusukan anak tu, delete la gmbr tu naa. Pastu p mintak maaf kt suami n family akak2 semua. Hat ni kita jadikan iktibar, moga yg baca ni x buat lagu mana yg dok kecoh lani. Nauzibillah himinzalikkkk