Sunday, January 31, 2016

UTC Melaka

Assalamualaikum

Masih di Melaka harini tapi lokasi yg lain pulak. Harini ke JPN la kiterrr sbb anak buah nak tukar IC yg da rosak. Lasak sungguh budak ni sampai IC rosak. Sampai ke UTC tu sekitar jam 12.30 tengahari. JPN terletak di tingkat 7 kt UTC Melaka ni.

Sampai JPN amik nombor giliran sendiri. Sebab tiada sesiapa di kaunter pertanyaan, kami pun main tekan je la no kt situ.

  • No 1 Kad Pengenalan
  • No 2 Kelahiran
  • No 3 Kematian
So dengan keyakinan yg tinggi setanding Gunung Everest, kami pun tekan la No 1. Kemudian keluar pulak 

  • No 1 Pendaftaran Kad Pengenalan
  • No 2 Kutipan Kad Pengenalan
"Ahhh, sudah. Betul ke ni?" Tanya En Suami yg sudah mula dilanda kekeliruan. As usual la, Pn Isteri ni memang tahap keyakinan terlajak tinggi punye. Maka dengan bahagianya tekan je la No 1 keluar la nombor giliran.

Rasa pelik pun ade. Betul ke idok ni? Tawakal saje lah. Cari borang nak ganti MyKad xde pulak. Tunggu kejap je x sampai 5 minit camtu nombor dah naik. Terus ambil gambar dulu. Kemudian pegawai bertugas suruh datang balik lagi sejam. 

Lega rasa hati sebab x perlu la nak tunggu lama2. Turun ke kafetaria aras bawah tu. Giler lengang situ. Order makanan dekat kedai bajet RM5. En Suami dengan anak buah makan Talapia Black Pepper, Pn Isteri ni pulak amik Ayam Ketuk. 

Memang terbaik baq hang. Sodap aihhh!! Memang highly recommend la kt sane tu. Selesai makan naik balik kt JPN tu, siap suda MyKad baru. Tak sampai sejam la tunggu. Perkhidmatan yg sangat pantas. yeahhhh!!

Untuk perkhidmatan lain kt UTC Melaka tu leh la Google ye. I pokus kt JPN tu je. muahahhaa. Salammmmmm

No comments: