Thursday, December 31, 2015

Ma'as-salama 2015, Ahlan Wa Sahlan 2016

ﺒﺳﻢﷲﭐﻠﺮﺤﻤﻦﭐﻟﺮﺤﻴﻢ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Beberapa jam sahaja lagi tahun 2015 diiringi 19 Rabiulawal 1437H akan berlalu pergi. 2016 akan menjelma membawa bersama 20 Rabiulawal 1437H.

Alhamdulillah kehadiran 2015 membawa bersama berita gembira apabila usia kandunganku mencecah hampir 3 bulan. Perginya 2015 membawa berita duka dengan kehilangan 2 kandunganku di bulan Feb dan Nov. Sedihnya hanya Allah yg mengubati.

Syukur ke hadrat Ilahi masih dipanjangkan usia ini untuk kembali merenung dosa silam agar segera bertaubat kepadaNya. Allahu Akhbar.

Diharapkan kehadiran 2016 membawa pelbagai kegembiraan untuk mengubati kesedihan tahun 2015. InsyaAllah dengan izin dan kuasa Allah.

Monday, December 28, 2015

Kehilangan

Kehilanganmu
Sungguh berat bagiku

Benar. Kehilangan insan tersayang amat memilukan hati. Menyentap sanubari. Menusuk kalbu.

Namun, aku sedar akan ujian yg Allah berikan. Semuanya untuk menguatkan aku.

Allah uji kerana Allah sayang. Allah uji kerana aku insan terpilih.
Allah uji kerana Allah hendak menguji insan sekeliling insan yg sedang diuji.

Seharusnya kita bersyukur saat diuji kerana itulah tanda Allah sygkan kita.

2015 merupakan tahun di mana aku kehilangan 2 orang anak yg aku kandung.
Sudah tertulis di ATAS bukan rezeki untukku menjaga mereka
Alhamdulillah, walau di uji sebegitu hebat, aku dikelilingi insan2 yg hebat
Insan yg selalu memberi kata semangat supaya aku menjadi lebih kuat menghadapi

insyaAllah, janji Allah itu pasti
DIA ambil sesuatu dan gantikan dengan sesuatu yg lebih baik
ALLAH MAHA MENGETAHUI

AL-FATIHAH buat kedua anakku Syaukat Azib & Azyan Syuhrah