Tuesday, January 26, 2016

Rakyat Malaysia Malas Bagi Signal Sebelum Menukar Lorong

Assalamualaikum. Topik arini seperti di atas. Berdasarkan ape yg aku perhatikan, rakyat Malaysia ni susah sangat nk bagi signal sebelum menukar lorong. Byk kes eksiden yg jadi sbb kegagalan pemandu bagi signal awal sebelum menukar lorong. Beli kereta tu kan dah siap signal stick skali kt dlm kete tu. TAPI, kenapalahhhh payah sgt nk bagi signal tu? Mahal sgt ke signal kereta tu? Kena bayar ke hape tiap kali bg signal tu?

Baru2 ni aku eksiden pun sbb kegagalan pemandu kereta bagi signal sebelum menukar lorong. Sampai sekarang la aku rs x selamat sgt naik motor ni bila ada pemandu yg cmni. Dah la menyebabkan kemalangan, terus dia jalan je mcm x bersalah langsung. Perbuatan yg sgt biadap. No plat tu mmg x cam la sbb aku gelap mata sekejap lepas jatuh tu. Tambahan pula kejadian berlaku wktu malam. Alhamdulillah xde la teruk mn pun luka. Setakat luka kecil je di tapak tangan dan lutut.

Bukan laju sgt pun motor masa tu sebab keadaan jalan licin lepas hujan. En Suami pun x berani nk bawak laju2 kalau lepas hujan. Kalau motor tgh laju masa tu, mau bontot kereta tu kena langgar, dan aku rasa sangat layak kalau bontot kereta tu kena langgar sbb x reti bagi signal. Main redah je tukar lorong x tgok blkg. Sengal betul driver tu.


So, dear readers, Please, Please n Pleaseeeee give a signal before change your line. Never ever change line whenever you feel want to do so.  Bukan kena bayar pun tiap kali lampu menyala, biar la 5 minit lampu signal tu menyala sekalipun asalkan nyawa org lain selamat. Nak ke rasa bersalah seumur hidup bila kita menjadi punca kematian org lain? Fikir2kan lah ek. Jalanraya bukan milik anda sorg, ia milik kita bersama. Wasalam.

No comments: