Wednesday, May 25, 2016

Penyalahgunaan Laluan Kecemasan

Assalamualaikum

Pertama sekali aku nak ucapkan takziah pada keluarga mangsa kemalangan Ahad lepas (22 Mei 2016) di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Simpang Ampat tu. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pergi. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. InsyaAllah. Janganlah kita terus menyalahkan sesiapa kerana ajal kita telah ditetapkan sejak kita dalam kandungan ibu lagi. Andai sudah tiba masanya, tidak akan lambat atau cepat walaupun sesaat seketika.

Keduanya, aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pengguna laluan kecemasan pada hari tersebut. Tahniah sebab anda berjaya merampas nyawa orang lain. Semoga perbuatan itu mendapat balasan yang setimpal kelak untuk dijadikan pengajaran kepada anda semua yang terlalu bijak menggunakan laluan kecemasan hanya untuk melepaskan diri dari kesesakan lalu lintas itu.

Ketiga, aku nak habaq sket ni pasal emergency line yang ampa dok salah guna tu. Ampa tau dak apa sebenaqnya fungsi emergency line tu? Dah nama pun emergency guna hanya bila saat, detik dan waktu kecemasan sahaja. Bukan ikut tekak ampa nak pi lalu situ sebab nak elak kesesakan lalu lintas. Memang rakyat Malaysia ni suka melangggar undang2. Dah menjadi kebiasaan dah setiap kali nampak lampu break bertindan kat depan, mesti nak potong ikut emergency line.


Bukan sahaja di lebuhraya, malah, di jalan biasa juga sama. Sudah menjadi kebiasaan dan kelakuan rakyat Malaysia untuk menggunakan laluan kecemasan tidak kira masa. Tabiat ini perlu dikekang daripada berterusan, tetapi ianya bergantung atas kesedaran diri sendiri. Kita tidak tahu bagaimana nasib kita kelak kan? Renung2kanlah

No comments: