Tuesday, May 31, 2016

Potluck with VDlicious

Assalamualaikum.

Sebelum menyambut Ramadan al-Mubarak yg tinggal x kurang lagi 7 hari ni, kakak2 dekat opis ni pun dengan rajinnye nak buat potluck. Decide buat potluck ni minggu lepas lagi. So, aku ni selaku org yg x berapa nak rajin, aku ckp je la nnt aku buat kek coklat @ kek batik. Tu je yg aku rasa paling rajin + gigih aku nak buat di hujung minggu. Sudahnye, hujung mggu tu jadi hari yg aku xde masa free pun nak masak utk potluck tu.

Sabtu pagi pergi pasar, tghari beli brg dapur, pastu g KLIA, malam family dinner dekat Seremban. Ahad pulak En Suami nak balik kg. Balik hari je katanya, biase dia mesti akan gerak balik lepas maghrib. Aritu boleh plak dalam pukul 9 lebih baru nak gerak balik. Disebabkan sebelum maghrib tu masih lagi dekat Pengkalan Balak tengok abg dia merangkap abg ipar aku memancing, sambil menunggu nak balik tu, saje je la scroll FB sambil kepala dok piker cmne la nk buat kek tu. Sekali Nampak pulak iklan promo VDlicious. Laju je la tangan ni mengorder combo A.

Agak lambat jugak la dia reply, tapi aku pasrah je la. Dalam kepala ni fikir bawak je la kek lapis Sarawak yg En Suami bawak balik Jumaat lepas. Dalam pukul 8 lebih baru Fiza reply tapi malangnya aku perasan 9 lebih sebabnya masuk kereta terus capai fon. Laju je aku reply tapi malangnya sampai ke malam takde jugak respon. Skali lagi aku pasrah je la, kalau ade rezeki, ade la. Aku faham mungkin kesibukan dia membakar setiap order dari pelanggan tak sempat nak balas WA.

30 Mei 2016 pun muncul tiba, 8 pg baru la Fiza reply tanya nak delivery pukul berapa. Malangnya aku bukan jenis yg on data waktu pagi, slm stgh jam lepas tu baru aku reply. Dah deal dgn dia, confirm order & bayar, aku pun tunggu je la delivery dari The Baking Couple ni. Alhamdulillah bila sampai je kek tu dekat ofis ni, dalam 5 minit je clear Nutella Cheese Tart & Fudgy Brownies tu. Memang aku sendiri puji akan kesedapan kek ni. Orang dah biasa buat + expert, main campak2 je la. Kalau aku yg buat, alamatnye ke laut la memang akan jadi berjam2 nak siap 2 jenis tu. Hahahaha


Harini, ada kakak senior tanya kalau nak order tart tu sahaja boleh ke x. Aku la yg jadi tukang tanya sebab aku yg pernah deal dengan team VDlicious ni. InsyaAllah, ade rezeki nanti boleh order lagi. Sememangnya tidak rugi, super sedap dan puas hati. Cuba dulu baru tau, x cuba xtau kan. hohoho

No comments: