Saturday, May 21, 2016

Eye-Riz Optometry

Assalamualaikum.

Eye-Riz Optometry merupakan sebuah syarikat Bumiputera graduan UKM kalau tak salah aku. Disebabkan hak milik bumiputera ni la yg aku memang support sangat. Setakat ni dah 2 kali aku buat spek kat situ. Alhamdulillah sangat selesa dengan cermin mata dari kedai ni. Tambahan lagi layanan mesra dari pekerja di sana memang buat aku terpikat la.

Staff yg peramah dah macam ahli keluarga sendiri dah rasanya. Eye-Riz ni banyak cawangannya. Cawangan yg berhampiran dengan aku ni Pekan Sg Besi la mana lagi kan. Pagi tadi baru je tukar nose pad yg baru sebab yg lama tu dah berkulat + berminyak tah camna tah nak describe. Kebetulan pulak kain lap spek dah hilang, beli skali la kain tu.

Bulan 12 tahun lepas aku ada beli lens dari kedai ni. So, tadi akak tu tanya la camna pengalaman aku guna lens tu. Sebab segala sejarah pembelian memang ada dalam rekod dorg ni jadinya senang la. Since aku ni ada rabun silau sekali, aku memang sangat tak digalakkan pakai lens. Lens memang xde backup untuk rabun silau. Takat rabun jauh/dekat tu boleh la cover.

Aku beli lens tu pun untuk majlis resepsi sepupu aku. Saje je la nak cantikkan diri hari tu. Bukan setiap hari pun nak jadi cantik tu. Cantik sehari tu pun lepas mendapat kebenaran dari En Suami. Alhamdulillah En Suami pun puji cantik dan dia pun suka tengok aku cantik. Yelah, isteri dia bukan jenis nak melaram pun. Kalau datang gatal tu je la yg tetiba nak melawa dalam rumah. Just for my lovely husband.

Ok, back to story. Kedai Eye-Riz ni menawarkan harga berpatutan. Layanan dan servis lepas jualan pun turut disediakan. Ada masa tu saje je aku pergi kedai tu bersihkan spek yg kotor ni. Alhamdulillah staff memang akan buat punya tanpa caj perkhidmatan. Highly recommended!!

No comments: