Monday, March 21, 2011

Selamat Pengantin Baru!!


Assalamualaikum. Apa khabar sume? Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancer & sempurna. Selamat sudah sepupuku menjadi isteri org yg sah. Sorg lg da selamat jadi tunang org. Congrats to both of u my cousy. My turn will be next after u all. Just wait for my time ok! Yg da jadi bini org tu jaga la laki tu elok2 ye. Syurgamu telah berpindah dari ibu ke suami, jadi patuhilah perintah dan kata2 suamimu itu. Jgn sekali2 meninggikan suara tau. Masa korg couple dlu leh la nk wt cmtu. Pasni xleh dah tau.

Walaupun hujan sewaktu majlis semalam, namun tetap juga berjalan lancar. Walaupun pelbagai perkara yg x diingini berlaku, syukur sbb majlis tetap juga telah berjalan dgn jayanya. Skali lagi tahniah ye kepada CT (Kila) & Zahari (Ady).

Di sebalik tabir :
a) Inai di kaki lebih merah dari inai di tangan CT. Inai tangan guna yg asli dari daun, yg kt kaki guna inai instant je. Warna pun x sama & mmg jauh berbeza.
b) Inai corak di tangan hanya menggunakan corak tekap je. Xde spe yg kreatif nak lukis bagi cantik.
c) Berlaku perbalahan antara adik beradik CT akibat salah faham pada malam berinai.
d) CT & pengapitnya (aku) tdo seawal jam 1.30 pagi dan bangun sebelum jam 6.30 pagi pada hari majlis itu. <I need my beauty sleep!! Huhuhu>
e) Mekap CT pada majlis akad nikah merupakan hasil solekan kak Long & kak Nur. Perkhidmatan mak andam tidak digunakan sewaktu majlis akad nikah.
f) CT tidak merasakan debaran sebelum diijab qabulkan sehinggalah selepas memberikan persetujuan untuk bernikah dengan Zahari. <time tu la mula rasa seram sejuk & takut>
g) Selepas sah menjadi suami isteri yang sah, Zahari menitiskan airmata kesyukuran manakala CT tersenyum gembira di dalam bilik.
h) Ct menitiskan airmata apabila ibunya membaca penyerahan tanggungjawab sepenuhnya kepada Zahari.
i) Zahari menangis sepanjang majlis akad nikah. <tangisan kegembiraan & kesyukuran>
j) Solekan sewaktu majlis persandingan mengambil masa yang agak lama dengan solekan yang agak tebal. Solekan mak andam itu wajar dipuji walaupun masa terlalu lama.
k) Kumpulan kompang yg lambat tiba mengakibatkan majlis persandingan lambat bermula dan menjejaskan kelancaran majlis.
l) Pihak lelaki tidak menyediakan duit tol yg mencukupi sehinggakan mereka kehabisan duit tol sebaik sahaja tiba di hadapan pelamin. <kesian!!!>
m) Pertukaran baju untuk makan beradab mengambil masa yang lama menyebabkan kelewatan majlis makan beradab berlangsung.


Sewaktu perjalanan pulang dari Kota Tinggi ke Segamat untuk menghantar aku pulang, aku, mak & abah hampir terlibat dengan accident akibat kecuaian pemandu kereta JJJ 2013 yang memotong secara merbahaya di jalan Jemetah – UiTM Segamat. Alhamdulillah kami semua selamat tiba ke destinasi.

*p/s : nak tgok pic tggu jurugambar x professional upload ye.. ntah ble la dorg tu on9.. huhu

No comments: