Saturday, March 26, 2011

Baca je la..


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
1 > Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan. 
2 > Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
3 > Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
4 > Apabila kamu berkata, 'Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
5 > Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
6 > Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
7 > Percayailah cinta pandang pertama.
8 > Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
9 > Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
10 > Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
11 > Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
12 > Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas. 
13 > Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, 'Kenapa anda ingin tahu?'
14 > Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
15 > Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
16 > Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
17 > Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
18 > Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
19 > Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
20 > Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
21 > Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

No comments: