Tuesday, February 8, 2011

Banjir & Mesir


Entah mengapa saya ingin membiacarakan isu semasa yang berlaku dikala ini. Sekarang ini orang sibuk membicarakan isu banjir dan juga menyelamatkan pelajar Malaysia yang berada di Mesir. Isu ini memang menjadi bualan hangat setiap akhbar yang ada di Malaysia waktu ini. Banjir di kawasan selatan tanah air merupakan banjir yang teruk selepas tahun 2006. Banjir tahun ini walaupun sudah bersedia di kalangan penduduk tempatan untuk menenpuhi banjir itu, namun tetap juga menjadi banjir terburuk. Sehingga kini, kesan banjir masih kelihatan walaupun sudah seminggu berlalu.
Cerita yang di dengar dari orang Segamat sendiri, banjir kali ini berlaku dengan amat pantas. Walau bagaimanapun, persediaan rapi untuk menghadapi banjir juga telah dilakukan lebih awal untuk mengelakkan harta benda musnah. Kesan banjir juga masih boleh dilihat sekiranya berjalan di sekitar kawasan Segamat ini dengan bau yang kurang enak akibat pembawaan banjir.
Menurut emak, rumah yang berada di Pagoh, Muar juga hampir dimasuki air. Alhamdulillah air tidak masuk ke dalam rumah cuma kawasan sahaja yang ditenggelami air. Info ini diperoleh dari atuk yang tinggal di sana. Amatlah diharap banjir akan surut dengan segera untuk memudahkan penduduk tempatan memulakan aktiviti mereka seperti sediakala.
Sewaktu Malaysia sedang hangat membincangkan isu banjir di selatan tanah air, kita dikejutkan dengan berita krisis di Mesir dan keselamatan pelajar Malaysia di sana. Pelbagai perasaan bermain di dalam jiwa ini. Perasaan marah membuak-buak apabila kedutaan Malaysia di sana tidak menjalankan tugas dengan baik. Seharusnya kedutaan Malaysia mengambil berat akan permasalahan ini bukannya mendiamkan diri di sana untuk menyelamatkan diri sendiri.
Sedih juga rasa hati bila keselamatan pelajar-pelajar Malaysia terancam umpama telur di hujung tanduk sehinggakan ada yang tidur bersama pisau dan pemedih mata untuk mempertahankan diri sendiri. Pemberontakan yang berlaku di Mesir oleh rakyat tempatan yang mahu Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai presiden dan dikecam hebat oleh presiden Negara maju yang lain.
Alhamdulillah, tindakan pantas kerajaan Malaysia menghantar bantuan untuk menyelamatkan pelajar Malaysia wajar dipuji walaupun setelah keselamatan pelajar Malaysia berada ditahap yang sudah terlalu bahaya. Keputusan dibuat selepas seorang pelajar Malaysia cedera akibat ditembak peluru getah pada mukanya kerana disangkakan pemberontak.
Apa yang boleh disimpulkan dari isu ini ialah walau dimana jua kita berada, keselamatan kita harus dijaga. Di dalam mahupun luar Negara. Sama-samalah kita berdoa agar tiada perkara buruk yang akan menimpa kita, jika adapun itu adalah ketentuan YANG MAHA ESA yang mahu menguji kesabaran kita. Wallahualam.

No comments: