Wednesday, February 9, 2011

Cuaca


Assalamualaikum. Alhamdulillah masih ada kesempatan dan ruang untuk menulis apa yang terbuku dihati ini. Cuaca di kawasan Segamat waktu ini panas terik. Bahang panas pun amat dirasai walaupun waktu malam menjelma. Alhamdulillah kerana cuaca panas ini amat diharap oleh penduduk tempatan yang menjadi mangsa banjir agar air dapat surut dengan secepat yang mungkin.

Sudah menjadi lumrah manusia yang tidak tahu hendak bersyukur dengan apa yang telah diberikan olehNYA. Cuaca panas ini mendapat bebelan segelintir pihak yang tidak tahan panas. Subhanallah! Seharusnya kita bersyukur dengan cuaca ini dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. Seharusnya kita memikirkan orang lain yang memerlukan cuaca panas ini. ALLAH MAHA ADIL!

Allah memberikan kita cuaca yang cukup sempurna. Panas, mendung dan hujan. Cuaca memainkan peranan penting dalam kehidupan. Cuba kita bayangkan sekiranya cucaca hujan sepanjang hari. Pastinya kita akan mengeluh kerana bimbang akan mengidap demam panas. Apabila cuaca panas pula akan bising kepanasan di dunia yang fana ini.

Panas di dunia ini hanyalah sementara sahaja dan tidaklah sepanas mana berbanding panas API NERAKA. Niat hati bukan mahu memberi ceramah percuma sekadar mahu menegur sahabat-sahabat dan pembaca yang ada di sini. Niat hati juga bukan mahu menunjuk kehebatan diri ini ataupun kesolehan diri ini. Diri ini hanyalah insan biasa yang juga melakukan salah dan tidak terlepas dari dosa yang dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Coretan ini dihasilkan selepas salah seorang sahabat saya yang tidak memakai tudung ataupun “free hair”, A, bertanyakan kepada sahabat kami yang memakai tudung labuh, B, satu soalan cepumas. “B, tak panas ke pakai tudung labuh tu? A yang tengok ni pun rasa panas tau. Kalau pakai tudung tu waktu panas terik camni lagi la panas tau.” Lantas B membalas persoalan A “ tak panas pun.”

Saya yang mendengar persoalan itu amat terkejut dengan persoalan yang dilemparkan oleh si A ni.Subhanallah! Bisik hati kecil saya. Coretan yang dicoretkan di sini pada hari ini juga ditujukan kepada A supaya beliau bersyukur dengan cuaca di sini. Wallahualam!

No comments: