Wednesday, February 16, 2011

Perjuangan


Assalamualaikum. Semalam merupakan hari cuti umum kerana cuti Maulidur Rasul. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas kebesarannya. Alhamdulillah lidah ini masih mampu menuturkan baris2 kesyukuran yang tidak terhingga dan hati ini masih mampu menghayati kisah menyayat hati iaitu pengorbanan BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W.

Malam semalam bagaikan ada sesuatu yang menggerakkan hati untuk mendengar IKIM FM. Kebiasaannya waktu itu mendengar SINAR FM untuk melayan lagu retro tetapi sebaliknya yang berlaku. Rupa2nya ada sesuatu yang amat menarik di siaran IKIM FM itu iaitu slot Remaja. Tidak tahu hendak terangkan bagaimana tetapi slot itu berkaitan dengan ramaja zaman kini yang sering mengikuti gaya hidup masa kini ataupun ‘up-to-date’ katanya.

Ceramah yang tidak lama itu sangat menarik isinya dan rasanya tidak pernah sekali diri iini begitu tekun mendengar ceramah sambil mencatit sesuatu. Setiap kali medengar ceramah dalam keadaan terpaksa, pasti diri ini akan tidur ataupun tidak akan menumpukan sepenuh perhatian pada ceramah yang disampaikan oleh penceramah itu. Pendek kata, buang air liur sahaja penceramah itu sekiranya diri ini ada di majlis itu.

Kembali ke cerita atau kisah yang ingin disampaikan, slot itu menceritakan tentang remaja dan kesalahan yang dilakukan oleh remaja masa kini iaitu menjadikan artis sebagai idola. Sebagai umat ISLAM, kita seharusnya menjadikan RASULULLAH S.A.W sebagai idola kita. Memang pada zahirnya kita tidak nampak akan diri Baginda tetapi kita mengetahui kehebatan Baginda melalui sirah yang pernah kita baca dan pelajari di sekolah dahulu.

Hati yang keras umpama batu ini mampu menangis apabila mendengar pengorbanan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan ajaran Islam. Betapa suci dan besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah yang tidak mampu kita lakukan pada masa ini. Sesungguhnya Baginda tiada pengganti dan akan tetap bersemadi di hati ini.

Perjuangan dan kisah Rasulullah ini tidak seharusnya dilakukan pada Majlis sambutan Maulidur Rasul sahaja tetapi perlu dilakukan setiap hari. Pihak media perlu memainkan peranan penting untuk menyebarkan kisah Rasulullah s.a.w dan ibubapa juga perlu memainkan peranan dalam membentuk akhlak anak2. Cerita2 dongeng yang diceritakan sebelum tidur perlu ditukar dengan kisah Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menyalahkan remaja dan belia sekiranya mereka tidak menghayati dan sedar akan kehebatan serta keagungan Rasulullah s.a.w. Inilah sebahagian dari isi kandungan ceramah itu. Tidak banyak yang dapat diulas dari ceramah itu walaupun isinya menarik. Apa yang penting untuk disampaikan telahpun disampaikan. Diri ini tidak pandai untuk mengulas apatah lagi memberikan komen terhadap ceramah itu. Apa yang termampu dan terbaik sahaja yang dapat dilakukan.

Tiada niat mahu mengguris hati mana2 pihak tetapi hanya mahu menceritakan dan meringkaskan isi kandungan ceramah dari slot itu sahaja. Sekian, terima kasih.

# segala kesalahan yang dilakukan itu datangnya dari diri yang lemah ini dan kebaikan itu datang dari ALLAH s.w.t. #

No comments: