Friday, April 1, 2011

Jangan Sambut April Fool!


April Fool dianggap sebagai hari utk bergurau dan mengenakan org lain. Sambutan April Fool ini disambut di seluruh dunia pada setiap tahun. Mungkin seronok memperolok dan mempersendakan kawan pada April Fool. Tetapi sedarkah kita akan sejarah di sebalik peristiwa hitam ini?

April Fool's Day mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seISLAM mereka sendiri.

Sendaan yg dikenakan kepada umat Islam di Granada sejak kurun ke-8 Masihi itu seakan diteruskan budayanya hingga ke hari ini melalui sambutan April Fool. Bila mengenangkan bagaimana hari itu dijadikan sebagai menyambut kejayaan Tentera Salib memperdaya penduduk Granada sekaligus menghapuskan mereka, sepatutnya membuat kita berfikir. Adakah kita mahu turut sama menyambut hari yg telah mengorbankan penduduk Islam di Granada?

P/S : Adakah kita menyambut April Fool kerana ingin bergurau, mengenakan orang? sedangkan Orang Kafir menyambut April fool kerana kejatuhan Islam, memusnahkan orang islam, kejayaan mereka membunuh orang islam. Adakah wajar kita menyambut april fool?? jawapannya TIDAK PATUT DAN JANGAN SESEKALI SAMBUT.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

No comments: