Wednesday, June 29, 2016

Terima kasih kawan

Kerana salah faham wujudnya sengketa
Kerana salah faham wujudnya jarak antara kita
Kerana salah faham tiada lagi kemesraan antara kita

Maafkan aku kawan andai aku mengguris hatimu
Maafkan aku kawan andai aku penyebab kau menjauhkan dirimu
Maafkan aku kawan andai kau terluka kerana aku

Rahsiamu selamat denganku
Tiada siapapun yg tahu
Kerana soalan yg hampir tepat
Kau mengata aku membongkar rahsiamu

Memang aku suka bercerita
Memang aku suka bercakap
Tetapi kau menyuruh aku menyimpan rahsia besarmu
Aku akur dengan arahan itu
Masih selamat lagi rahsiamu itu
Walaupun kau tidak lagi mahu menegurku

Terima kasih sudi meminjam bicara
Terima kasih sudi meluangkan masa
Terima kasih atas segalanya
Kau akan kekal menjadi sahabatku
Walaupun kini aku menjadi musuhmu
Tidak terlintas untukku menjauhkan diri
Tetapi demimu aku membawa diri



No comments: