Thursday, June 2, 2016

Restoran Wadi Ar-Raudhah, Seremban

Assalamualaikum. Kali ni nak story pasal Restoran Steamboat & Grill yg insyaAllah halal di Seremban. Harga untuk steamboat ni tidak lah mahal, malah berbaloi untuk org yg sukakan seafood macam aku.
Sebenarnya, sabtu lepas (28 May 2016) dah sampai sana & dah cuba. Disebabkan keadaan diri yg penat + letih + lapar + bateri fon flat, makanya tiada lah gambar yg sempat di’snap’. Untuk kepuasan sendiri, silalah ke sana dan alami keenakan steamboat & grill murah tu.

Harga? Dewasa RM 25, kanak-kanak (5-12 tahun) RM14. Murah kan?
Harga berbaloi lah juga. Tak lah mahal pada aku sebab makan la byk mana yg nak. Makan sampai kenyang.

Keistimewaan dekat restoran ni  adalah nasi goreng, mee goreng, bihun goreng turut disediakan. Yelah, bukan semua orang boleh telan camtu je seafood ni. Ada yg nak sekali dengan nasi. Ikut tekak masing2.
Kalau rasa muak sket, makan la aiskrim. Amik la byk mana pun, tambah la berapa kali pun, tade hal punye. Abis makan jgn lupe bayo.
Aiskrim ni bukan takat budak je yg suka, mak bapak pun suka jugak kan. Hahaha

Parking? X perlu risau tempat parking penuh, parking je tepi jalan berhampiran dengan restoran.

Pesanan penting, sila buat tempahan awal untuk mengelakkan tiada tempat kosong. Kebiasaannya, waktu hujung minggu selalu penuh. Tempahan awal amatlah digalakkan agar tidak mengecewakan perut anda. Kih kih kih

Gambar berkaitan makanan, sila refer pada blog INI. Thanks uolls

No comments: