Saturday, December 1, 2012

Gaji Ciput Mampu Hidup Mewah


Assalamualaikum
Nampak tajuk macam tak logic je kan. Ape la yang bole dibuat dengan gaji banyak tu je kan? Persoalan yang bermain di minda anda pastinya akan terjawab sekiranya anda membaca entry ni. Bukan nak increase rating mahupun pageview. Sekadar berkongsi rasa. Tak nak baca sila tekan ‘close’ ye. Tiada paksaan pun.

Gaji basic anda RM1,800 atau kurang atau mungkin juga lebih sikit je? Ni cheq nak habaq mai kat hangpa semua apa yg cheq buat ngan gaji yg ciput tu tapi mampu hidup mewah & enjoy every weekend.

Basic salary RM 1,800.00, tolak Socso & EPF da jadi RM 1,600.00 je. Bukan xde hutang yang perlu di bayar, ade juga hutang yang menunggu setiap bulan. PTPTN, Courts Mammoth antara hutang yang menunggu masa setiap bulan untuk dibayar. Simpanan pun ada juga, ASB & SSPN.

Berikut adalah cara untuk hidup mewah setiap bulan dengan gaji kecil tanpa ‘bantuan pernafasan’ dari Kad Kredit.

1)           Paling penting untuk umat Islam melunaskan hutang sebelum mati. Jadi, senaraikan hutang yang anda ada setiap bulan.
2)     Pastikan anda meletakkan 10% daripada gaji sebagai simpanan. Ia boleh digunakan untuk menyelamatkan anda apabila keadaan mendesak.
3)     Jangan lupa letakkan perbelanjaan bulanan anda juga ye. Utamakan keperluan penting dari SHOPING!
4)     JANGAN sesekali mengambil kad kredit! Ia akan membuat anda berhutang pada tahap maksimum.
5)      Jangan abaikan hak ibubapa kita juga ye. Selagi kita masih anaknye, kita perlu memberi mereka sedikit. Walaupun mereka tidak mahu menyusahkan kita tapi itu adalah tanggungjawab kita untuk memberi kepada mereka. Anak perempuan yang telah berumah tangga x perlu beri tapi kalau nak bagi jugak, minta izin suami dulu ye. Anak lelaki pula xkan terlepas tanggungjawab itu selagi hayat dikandung badan.

Berikut adalah contoh yang saya lakukan setiap bulan


Mana duit untuk mak abah? X bagi ke setiap bulan? Jawapannya, mak abah xnak saya bagi mereka duit sebaliknya mereka meminta saya menyimpan dalam ASB setiap bulan.

Selain daripada ini, SOLAT merupakan sebab mengapa saya mampu hidup mewah seperti orang yang bergaji RM 3,000.00 sebulan. Sekiranya kita mengabaikan solat, gaji RM 10,000.00 pun tak akan cukup untuk membuat kita hidup mewah.

Letakkan Allah di tangga yang tertinggi di hati In Shaa Allah segalanya pasti menjadi. Tiada yang mustahil dengan izin Allah. Selamat Mencuba. Sekian, wasalam…..


No comments: