Friday, December 7, 2012

C.I.N.T.A


Ada apa dengan cinta?
Ada yang kata ‘Jangan sangka orang yang kita cintai itu adalah jodoh kita, dan jangan sangka orang yang kita benci itu bukan jodoh kita’




Kata PUJANGGA – cinta itu buta
Kata KULI – cinta itu melelahkan
Kata PENJUAL – cinta itu tak oleh dibeli
Kata POSMEN – cinta itu tak boleh dihantar
Kata BOMBA – cinta itu tak boleh dipadam
Kata PENCURI – cinta itu tak boleh dicuri
Kata POLIS – cinta itu sukar ditangkap

Kata TENTERA – cinta itu tak boleh ditembak
Kata DOKTOR – cinta itu tak dapat diubati
Kata GURU – cinta itu tak dapat dipelajari
Kata HAKIM – cinta itu tak boleh dihukum
Kata PELUKIS – cinta itu indah

Kata SAINTIS – cinta itu boleh dikaji sedalamnya
Kata GUARD – cinta itu perlu dijaga
Kata USTAZ – cinta itu anugerah
Kata ULAMA – cinta ALLAH kekal abadi

Bagi aku cinta itu sukar untuk di mengerti, sukar ditafsir, sukar hadir dalam jiwa aku. Aku tak mencari cinta manusia tapi aku mengejar cinta ILAHI. Sukar untuk mencapai cinta itu tapi aku puas kerana cinta yang sukar itulah yang membuat aku sentiasa berusaha menuju kearahNYA.

Cinta sesama insan pastinya wujud dalam diri aku yang sememangnya amat menyayangi semua yang berada di sisi aku. Aku sayangkan keluarga aku sebab tanpa keluarga aku yang agak kucar kacir ni siapalah aku ni kan. Hehehehe

Aku sayangkan kawan-kawan aku. Semua yang datang dan pergi dalam hidup aku ni aku sayang. Walaupun orang buat jahat dengan aku pun aku tetap akan sayang sebab aku amat yakin dengan hukum karma. What goes around comes around!

Nasihat diri ini untuk anda dan juga untuk diri sendiri, “sayangi Allah, sayangi Rasulullah, sayangi para Nabi dan Rasul, sayangi diri sendiri, sayangi keluarga dan sayangilah orang yang ada di sekeliling kita”

#Imam Syafie pesan, ‘Jangan menyintai orang yang tak sayangkan Allah, jika dia boleh tinggalkan Allah, tak mustahil dia juga boleh meninggalkan kita nanti'#


No comments: