Assalamualaikum
Aku ni penonton setia Gegar Vaganza. Dari GV 1 lagi
dok tengok sebab dapat dengar lagu2 lama yg dipertandingkan. Aku ni jenis yg
akan tengok je tanpa menyokong mana artis sekalipun sebab aku support semua.
Aku sangat tidak faham apabila org dok mengata artis tu
x bagus & x sedap tapi masih kekal. Masalah lagu pun sama jugak sampai
orang pertikaikan nape org tu dapat lagu sendiri, nape org tu dapat lagu senang
je, nape itu nape ini. Aku ni bersyukur sangat sebab GV ni markah 100% dari JURI PROFESIONAL tanpa melibatkan mana2
campur tangan undian penonton. Aku sangat FAHAM
konsep pertandingan ni yang mana aku sangat sokong, bahagia dan gembira.
Artis yg terkeluar dan yg masih tinggal tu rezeki
masing2. Kenapa la nak pertikaikan rezeki yg ALLAH dah bagi. Aku tak rasa perlu
fanatik sangat menyokong mana2 artis sekalipun. Kalau nak sokong pun x perlu
mengata org lain. KENA FAHAM KONSEP &
ADAT PERTANDINGAN.
Tak perlu mengutuk, mengata, memfitnah, mencaci,
memaki orang lain. Kita semua manusia biasa sahaja yg sangat tidak sempurna
serba serbi. Jadi mengapa perlu mengata orang? Sedihnya aku tengok komen yg
penuh unsur fitnah, mengata, mengutuk ni. Itu aku yg baca, bayangkan artis lain
yg baca komen tu. Apa perasaan dorg? Kebiasaannya jari ni terlebih laju dari
otak yg berfikir. Jadi, aku pesan pada yg membaca ni, fikir dulu sebelum
menaip. Jangan taip dulu baru nak fikir.
Tengok je sudah, x perlu mempertikaikan setiap rezeki
orang lain. Aku x tuju pada sesiapa pun so sape makan cili tu rasa la pedas
hangat berapi yek. Sekian, wasalam.
2 comments:
p693b4ryaqc373 dildos,dildos,sex chair,wholesale sex toys,silicone sex doll,penis sleeves,male sex doll,horse dildo,Bullets And Eggs z587b9rjrei738
mf840 air jordan deutschland,stockx slovenia,air jordan nz,pandora øreringe,pandora charms,stockx new zealand,jordans femme,pandora rings nz,pandora greece wa568
Post a Comment