Tuesday, July 26, 2016

Pengalaman : Pembayaran bil melalui MyBSN

Buat pertama kalinya semalam aku guna myBSN untuk bayar bil bulanan. Sebelum ni aku guna M2U je untuk bayar segala bil bulanan. Disebabkan pertambahan pembayaran ansuran bulanan kereta mulai bulan ni melalui Auto-Debit dari akaun M2U aku, segala bil akan dibayar melalui akaun myBSN En Suami.

Sejujurnya aku ingatkan servis MyBSN ni sepantas M2U, akan tetapi ianya tidak seperti itu. Servis MyBSN agak perlahan berbanding M2U. Ianya mengambil masa dalam 3 HARI BEKERJA.

Kenapa lambat sangat? Aku pun xtahu la kenapa sebegitu lambat dan perlahannya servis mereka itu. Ini adalah kali pertama dan terakhir aku menggunakan perkhidmatan online MyBSN ni. Jadi, aku sangat tidak rekemen sesiapa pun untuk buat pembayaran melalui MyBSN.

Aku lebih rela beratur panjang dan di kena cas perkhidmatan dekat pejabat pos daripada menunggu 3 hari bekerja. STRESSSS MAK JEMAH TAUUUU!!!



*Mulai bulan Ogos 2016, Mak Jemah akan pergi BSN keluarkan duit pastu masukkan duit dalam akaun MAYBANK untuk buat segala pembayaran bil. Takmo la Mak Jemah guna interbank GIRO. Mak Jemah takut bape hari bekerja pulak la baru dapat. huhuhu

1 comment:

Unknown said...

ermm. patut la bayar bill Umobile tak dapat apa2 message pengesahan. kena tunggu 3 hari bekerja rupanya