Thursday, August 12, 2010

Kasihan Insan Yg x Berdosa Menjadi Mangsa..

ASSALAMUALAIKUM..

Sejak kebelakangan ni, ade jek kes pembuangan bayi..subhanallah..apakah mereka tidak memikirkan dosa yg dilakukan??melakukan 2 kesalahan yg amat besar..melakukan zina & membunuh bayi tersebut..kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai..kalau takut melahirkan anak luar nikah, jgn melakukan zina..anak itu tidak bersalah..mengapa anak itu harus menanggung ape yg dlakukan oleh ibubapanya??kasihan anak itu..
knp sy harus dibuang??

Hampir setiap hari pasti ada kes2 pembuangan bayi dipaparkan di dada akhbar..jgnlah dibuang anak yg tidak berdosa itu..berikan kepada mereka yg inginkan anak..tidak kasihankah melihat anak yg dilahirkan itu..kes pembuangan bayi & pengguguran secara haram bukan lg menjadi luar biasa dewasa ini..bagaikan menjadi lumrah alam pula..

Klu dlu ms zaman jahiliah, bayi perempuan yg dilahirkan ditanam hidup2 semata2 utk manjaga maruah keluarga..di zaman IT ni plak bayi dibuang di merata2..x berperikemanusiaan langsung!!ade otak xnak pki..bek xyah dikurniakan otak..binatang pun tau sygkan anak tau..huh!!(emosi terlampau plak kan..huhuhu)


Allah berfirman yang bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).



Pada zaman jahiliah, mereka membunuh kerana khuatir anak mereka diperkosa atau berzina. Bagaimanapun, pada zaman jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan. Kemudian menambah bilangan dosa dengan menyeksa bayi berkenaan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap.

firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179 yg bermaksud: "Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".
baby ni ngah termenung tggu ibunye..
kesian kat die kan..
comelkan bayi ni..
sebelum melakukan sesuatu, fikir dulu kesannye pada masa akan dtg..jgn menyesal nnt sudah la..masa yg berlalu xleh nk diundurkan dah..renung2 dan fikirkanlah yek..lihat dgn mata hati..guna akal fikiran yg waras..jgn guna hati yg bernafsu syaitan..






pesanan dari Prof Kamil

“Wanita bila bercinta penuh emosi. Mereka melihat setiap perlakuan sebagai lambang cinta. Ia rahsia peribadi. Mereka yang mempunyai diari akan berkongsi rasa di kertas. Orang lelaki bila bercinta penuh nafsu. Pertama, mereka akan cuba menyentuh teman wanita. Perhatikan… bila mahu melintas jalan. Tanganlah yang akan dicuba.
Bila berjaya, heboh satu asrama diceritakan. Besok, tempat lain yang akan dipegang. Kamu kena menjaga maruah diri. Pertahankan maruah kita sampai saat dan ketika yang sebenarnya.
Lihatlah…. jika kita terlajak, kemungkinan kitalah yang termasuk dalam statistik buang bayi. Bayangkanlah 10 tahun nanti, jika kita melihat kanak-kanak yang berusia 10 tahun, minda kita akan terkenang dengan apa yang telah kita lakukan.
Bayangkanlah 20 tahun nanti. Jika kita melihat remaja yang berusia 20 tahun, kita akan terkenang dengan bayi yang telah kita buang 20 tahun yang lampau.
Begitulah seterusnya……. seumur hidup akan berbekas. Parutnya tidak akan kering sampai bila-bila”
(petikan dari http://www.muhdkamil.org/ )


renung2kan dan fikir2kan lah..
sekian, wasalam..

No comments: