Sunday, September 23, 2012

Alhamdulillah


Alhamdulillah. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan nafas untuk aku meneruskan kehidupan ini. Segala kesakitan telahpun berjaya ku tempuhi sendiri. Luka di hati ku rawat sendiri. Walau besar mana pun kelukaan itu, tetap aku cuba untuk menyembuhkannya dengan senyuman dan fikiran yang matang dan positif.

Aku bersyukur kerana dikurnia mak abah yang sangat memahami hatiku ini. Mak abah tau satu-satunya anak perempuan yang mereka miliki ini amat degil dan suka ikut kepala sendiri. Mereka sedar bahawa setiap larangan mereka itu pasti akan aku lakukan jua seandainya aku tetap mahu melakukannya. Sungguh aku ini amat degil berbanding abang dan adikku.

Soal jodoh bukan lagi menjadi sesuatu yang aku risaukan kerana mak sudah member tanda kepadaku. Kata mak, mak tak kisah dengan siapa pun aku ingin bercinta asalkan bawa si dia berjumpa dengan mak agar mak abah tahu siapakah gerangan yang berjaya memikat hati anak gadisnya yang agak keras hati ini.

Bagi aku pula, aku bersedia membawa si dia bertemu mereka asalkan si dia benar-benar mahukannya. Tetapi, siapakah gerangan si dia itu? Aku sendiri masih belum pasti siapakah gerangannya. aku berpegang kata pujangga “Andainya kita mencintai seseorang dengan sepenuh hati, tetapi cinta kita tidak berbalas, itu petanda orang itu bukan hak kita. Cinta itu akan hadir bila tiba waktunya

Aku yakin Allah lebih mengetahuinya kerana Dia yang telah menentukan sejak aku berada dalam kandungan ibuku lagi. Aku tidak mahu terburu-buru mencari cinta kerana cinta itu akan hadir dengan sendiri pada waktu yang telah ditetapkan. Kalau tiada cinta di dunia ini, di akhirat kelak pasti aka nada cinta yang menemaniku kerana itu janji Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.

Ya Rabb, aku bermohon kepadaMu, sekiranya dia jodohku, Kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Sekiranya dia bukan jodohku, Kau jauhkanlah hati kami. Sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Aku menyerahkan segalanya kepadaMu. Amin Ya Rabb…

No comments: