Monday, January 2, 2012

Welcome 2012


Selamat Tahun Baru 2012 pada anda yang sedang membaca belog buruk ini. Setiap kali tibanya tahun baru, pastinya semua insan akan membuat azam baru. Begitu jua dengan insan hina ini turut membuat azam baru dan membawa azam tahun lepas ke tahun baru ini sebab azam tahun lepas masih belum tercapai sejak bertahun yang lalu.

Azam tahun baru ni nak tingkatkan taraf hidup diri dan keluarga. Sekarang ni sedang sibuk mencari kekosongan kerja kerana mahu belajar kesusahan mencari kerja dan di temuduga. Resume telah di hantar ke alamat2 yang berkaitan yang menawarkan kerja kosong. Harap2 dapat la kerja lain yang mungkin boleh mengurangkan beban kerja.

Azam tahun yang sudah2 yang asyik di bawa ke hadapan ialah ingin menaikkan berat badan. Akibat terlalu kurus, azam ini lah yang paling sukar untuk dicapai berbanding yang lain. Bukan senang untuk menaikkan walaupun 1kg tetapi amat mudah untuk menurunkannya. Insyaallah hasrat hati ini bakal berjaya kelak. Tolonglah doakan ye.

Pada anda yang sedang membaca ini, adakah azam telah difikirkan dan telah mula dilaksanakan untuk mencapainya? Azam tahun lepas sudah tercapai? Kalau masih belum tercapai lagi, jangan berputus asa, teruskan usaha untuk mencapai apa jua yang anda impikan.

Terima kasih kerana membaca. Teruskan setia bersama belog buruk ini ye. Love you. Muahhh!!!

No comments: