Wednesday, November 16, 2011

Khabar Gembira Buat Bakal Suamiku

Ke hadapan bakal suamiku (yang masih tidak diketahui),

Kanda, dinda menulis warkah ini khas buat kanda. Adinda yakin kanda amat risau akan majlis kita kelak. Sesungguhnya adinda tidak ingin kanda khuatir akan apa yang akan terjadi selepas kita selamat di ijab kabulkan. 
Adinda tidak pinta mas kahwin yang tinggi, cukuplah sekadar Al-Quran dan telekung yang dialaskan dengan permaidani indah untuk adinda bersujud. Adinda tidak mahu membebankan kanda dengan hutang yang akhirnya kita akan tanggung bersama selepas itu.
Oh ya, majlis pernikahan kita akan diadakan secara sederhana. Selepas akad nikah, majlis doa selamat akan diadakan. Harap maaf, majlis persandingan tidak akan berlangsung di pihak adinda. Di pihak kanda terpulang la mengikut kemampuan kanda.
Rasanya tidak perlu lah kita menempah sepersalinan pakaian kerana adinda lebih selesa untuk berpakaian tradisional sahaja. Adinda juga tidak mahukan jurusolek atau mak andam, cukuplah dengan kecantikan semulajadi anugerah Ilahi ini.
Itu sahaja untuk pengetahuan kanda. Terima kasih.
Yang benar,
Bakal isterimu.

No comments: