Tuesday, February 23, 2016

SPAMMERS!!!

Assalamualaikum.

Arini nak story pasal spam. Sebelum ni takat dapat emel dari spammers tu biase da. Kali ni ade spammers nak paw duit aku pulak. Meh kita bagi storyline dia.

Aku advert kt Mudah.my nak jual kasut. Siap advert sume pastu aku bio je la orang contact aku. Pastu de la mesej masuk soh contact via emel. Aku pun ok je la walaupun aku tahu payah ske nak emel2 bagai ni. Kengkonon nama dia SITI FATIMAH MOHD TAJUDDIN (berdasarkan alamat email sitifatimahmohdtajuddin015@gmail.com yg aku percaya da kena cilok). Dok kat Canada kau!! Mampu? hahaha

Kate si 'Timah' ni nak bli kasut tu utk anak dia. So aku kne pos kt ank dia kasut ni. Aku pun ok je la sebab bukan aku kisah sgt pun ko nk bli utk sape. Asalkan aku dpt duit aku dah la..

So da deal baek2 punye nih, die soh aku pos dulu sementara dia buat payment. Pastu dia soh aku check emel, aku ni pun tgok la emel tu. Emel tu kengkonon dari 'Royal Bank of Canada'. Aku pun ok je la layankan je la orang yg suke menipu duit orang ni.

Masa mula2 dapat emel ni aku da suspek lain da sebab nama service@rbcroyalbank.com tapi alamat emel tu plak service.rbcroyalbank@fastservice.com
Nampak kan kepelikan yg melanda di situ. Kalau aku ni jenis yg bodo2 je, memang aku percaya la. Nak tipu silap orang laa. Aku ni bukan jenis yg aci redah senang kena tolak. Aku wat research jugak betul ke name presiden tu. Ok, nama presiden tu mmg dorg x tipu. Tapi alamat emel tu mmg nampak beno nipunye.

Ok, cite balik pasal pos mengepos ni. Ske ati die je ckp aku kne pos dlu nnt shipment department bank tu akn verify da sent brg ke belum. Selagi x send, dorg x approved payment aku.

Aku pun takat print consignment note je kt poslaju punye website pastu aku anta je tracking number tu kt dia.

Pastu dapat lagi emel ckp payment akan proses dlm 6-12 jam. Hang tulih Myr pun x betui lagi la buat cheq x percaya hang tau. Kalau betui hang dari bank mestilah tulih MYR. It's currency babe!! Bukan ikut suka mak pak hang ja nak tulih lagu mana. Akai tarak!!

Pastu malam tadi aku pun anta la mesej kt dia aku ckap xmo da berurusan dgn dia lagi. Aku ckp nk soh org poslaju tu KIV dlu 'barang' aku tu.


Dia siap cakap jgn KIV nnt duit x dpt. Aku ckp je la bio ler duit x dpt janji barang depan mata dari aku anto barang duit pun x dpat. BTW, malam tadi selamba beruk je aku cakap melayu. Aku tau dia guna google translate nk tau aku tulis ape. Aku pun gune la sgale mak nenek shortform. Yelah, kate 'Cik Timah' tu org Malaysia kan. Xkan la idok paham teman cakap ape. Aku ckp je la aku ni x pandai English. Mmg bahase pasar abis la aku bg kt 'Cik Timah' tu.

Pastu emel kt sebelah ni plak dapat pagi tadi. Kepala hotak dia la. Ingat aku bingai sangat ke nak bagi duit kt dia camtu je. Lagi best bila 'Cik Timah' tu ugut nak amik legal action. Aku cakap la bukan aku buat salah pun. Nak amik legal action pun idok lerr teman heran. Aku cakap la aku da forward emel dia kt RBC. perghh!! mengamuk dia bhaii!!

Ni emel dia yg suruh aku bagi dulu duit balance dia tu.
Kengkonon de masalah dgn transfer duit kt aku
Betul ke aku report kt RBC? Yes, I did that!! Aku search official website RBC, aku carik report spam, aku forward emel yg dorg bagi. This is 2016 dude!! Everything is in your hand.
Nothing to worry about. But please do ensure that you are in a correct website.

Ok, that's all for today. Thanks to 'Cik Timah' for our discussion. Love to deal with you.
Ni emel dia marah aku sebab aku buat report kt RBC.
Kalau x salah nak marah buat ape? Haiyakkkk!!!
















Thursday, February 11, 2016

Part Time Job Tanpa Modal

Assalamualaikum.

Cheq rasa ghamai yg dok carik kerja part time ni. Yelah, menyahut seruan menteri kann. Ni cheq nak bagi angpa kerja part time tanpa modal. Biar betul tanpa modal ni? Iya cik akak & cik abang sekalian. Tidak perlu mengeluarkan sebarang modal berbentuk duit langsung. Hanya memerlukan masa anda untuk membuat kerja ini.

Apa yg perlu hanyalah laptop & internet. Zaman lani bukan semua orang nak guna laptop dah kan. Tablet @ telefon pun boleh ja guna asalkan ada internet.

Caranya mudah saja, angpa hanya perlu menjawab soalan survey & perlu rajin saja. Cheq ni maleh nak buat, income tu so-so saja. Masa awal2 tu rajin la buat, emel masuk je terus buat. Lama2, emel masuk tunggu 2 3 hari la baru nak buat. Kui kui kui

Owh lupa pulak, kerja ni bukan buat 1 survey je da dpt duit riban2, kena kumpul dulu baru leh claim. Ade yg kena buat beratus survey untuk dapat RM100. Ade jugak yg dapat point je kemudian hanya boleh tukar dgn baucer sahaja. Untuk job luar negara, pembayaran adalah secara online dalam bentuk USD, jadi anda disyorkan untuk membuka akaun paypal. Ini adalah untuk memudahkan bayaran (withdraw) ke akaun anda di Malaysia

So, ni la senarai website untuk survey job tu. 




Selamat mencari rezeki.

Wednesday, February 10, 2016

Ku sangkakan hatiku keras macam batu, ternyata hatiku rapuh seperti tisu.
Ku sangkakan diriku gagah, ternyata diriku masih lemah.

Biarpun jarak memisahkan, namun cinta tetap merapatkan.
Terpisah beribu batu, cintaku padamu tetap utuh.


Demi masa depan, terpaksa ku korbankan.

Saturday, February 6, 2016

Review : Chriszen

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Kali ni nak review produk Chriszen ni. Actually this is my very first time trying this product. Beli set ni pun masa tengah promo Chrismas tu. Saje je la nak menggatal kengkonon nak cantik kat rumah dengan cara yg mudah.

Set ni mengandungi Chriszen Ampoule, Chriszen Moist Cake, Chriszen Eyeliner & Chriszen Lip Tinted Stick.
It's good and easy to use, easy to remove.

Produk Chriszen ni bagus tapi sebelum berwuduk kena bersihkan betul2. Produk ni waterproof hokey!! Pernah la jugak kengkonon malas nak bersihkan terus je mandi. Sikit pun tak terusik.

Untul berwuduk kita kena pastikan air sampai ke kulit muka. Kalau tak sampai tu maka tak sah la wuduk kita ni. Wuduk tak sah solat kita macam mana pulak kan. Sendiri mau ingat laaa~~

Cara bersihkan mudah saja dengan hanya menggunakan tisu basah maka hilanglah semua. Untuk kebersihan yang menyeluruh gunakan la tisu basah secukupnya dan bersihkan muka dengan menggunakan pencuci muka. Bila dah betul2 bersih baru kita boleh berwuduk dengan aman damai solat pun tenang jee.

See you in next post. tataaaaaa