Sunday, March 6, 2011

My Beloved Cousy!!


A
ssalamualaikum. Tahniah pada Dya, sepupuku yang akan menjadi tunangan orang tidak lama lagi. Tahniah juga pada CT yang akan menjadi isteri orang yang sah tidak lama lagi. Tinggal lagi dua minggu sahaja untuk mereka membuat persiapan sebelum majlis yang akan menjadi sejarah dalam kehidupan berlangsung. Pastinya perasaan mereka itu sedang tidak menentu.

With Nur Hidayah a.k.a Dya
Berkat daripada majlis pertunangan CT dua tahun lalu, Dayah pula yang melangsungkan majlisnya pada tahun ini. Bila yang sebaya denganku telahpun selamat, maka secara tidak langsung keluarga yang lain akan bertanya giliranku pula. Takut juga bila soalan itu akan diajukan nanti. Bukan jual mahal cuma belum sampai seru lagi. Insyaallah bila sampai masanya akan ada majlis aku pula. Tunggu tau!!

With Nurakilah a.k.a CT
So, untuk majlis sepupu yang sebaya ni, aku kena sediakan baju yang kena dengan tema majlis. So, I’ll wear Maroon @ Purple on Saturday, 19 March 2011 and Blue on Sunday, 20 March 2011. Ikut warna tema yang best sebab boleh meriahkan majlis tersebut. Jangan sampai ada yang salah anggap dan salah pandang orang sudahlah. Nanti salah orang pula yang bertunang, parah sudah!! Hahaha.

I’ve attached together our picture for u to have a look. This memories will remain in my heart forever even that time we can being together anymore and we can’t being crazy as we are like before. I love u my cousin! Congrats on your most memorable day another 2 weeks. See u later blogger!!!


3 of us!!

Saturday, February 26, 2011

Another Tears !!


Assalamualaikum. Ketidakadilan sedang berlaku sekarang. Amat jelas dan nyata ianya berlaku pada diriku. Sungguh tak sangka cempedak jadi nangka. Aku akui aku ni bukan anak kesayangan. Jauh sekali menjadi pilihan utama keluargaku. Waima apa sekalipun aku tetap anak mak dan abah. THE ONLY DAUGHTER THAT THEY HAVE.

Hati ini bagaikan ditusuk panah racun berbisa apbila apa yang aku minta yang tidak semahal mana dan menjadi sesuatu yang amat penting buat diriku tidak diperolehi. Bukan aku minta wang RM500, bukan aku minta barangan berharga, aku hanya minta RM5 untuk tambah nilai (topup) je. Tidak sesukar mana untuk dipenuhi. Alasan lupa tiap kali aku meminta sesuatu sudah menjadi sesuatu yang biasa bagiku. Tidak mengapalah kalau lupa, aku mampu membelinya sendiri menggunakan duit yang ada.
Aku bukan Adik yang boleh dipenuhi segala permintaan. Aku bukan Abang yang menjadi pilihan hati Emak. Aku adalah aku yang mengikut gerak hatiku dalam melakukan sesuatu. Aku akui aku terlalu degil dan suka melakukan apa yang aku rasa betul. Orang boleh kata apa yang mereka mahu dan suka tentang diriku tapi aku lebih mengetahui tindakan yang aku lakukan itu.

Mak pernah kata kasih sayang mak pada anak2 mak sama banyak tiada yang lebih tiada yang kurang. Hati ini tidak pandai menipu kan? Perbuatan menggambarkan apa yang lahir dari hati. Apa yang dilakukan tidak setanding dengan apa yang diucapkan. Tidak mengapalah kerana aku bukan seorang yang terlalu mengharapkan kasih sayang yang begitu tinggi. Aku tidak mendambakan perhatian yang akhirnya membuat aku rimas dan lemas.

Whatever happens to me, I’m still being someone that I used to be. I won’t be others or try to be others. I am who I am and I will be like this as long as I’m alive. I won’t change the way of who I am. See you later blogger!

Sunday, February 20, 2011

Berita Gumbira :D


Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi nafas hari ini. Tahniah kepada sepupu aku yang dah nak jadi bini dan tuning orang tak lama lagi. Nasib baik la mereka tinggal berhampiran, senang la aku nak pergi jadi pengapit. Cuti sekolah bulan Mac ni merupakan hari bersejarah mereka. Aku pun tumpang gembira atas kegembiraan mereka itu.

Bercakap tentang tunang dan kahwin ni sebenarnya bukanlah sesuatu yang amat aku gemari. Bukan mudah nak jaga diri apabila sudah menjadi tunangan orang apatah lagi menjadi isteri orang. Tanggungjawab yang akan dipikul itu amatlah besar dan sudah tentu tanggungjawab itu haruslah dilaksanakan dengan baik.

Apabila sepupu yang sebaya aku dah jadi tunangan orang dan akan menjadi isteri orang tak lama lagi, aku pula asyik memikirkan bila giliran aku pula untuk disunting orang. Walau bagaimanapun, aku taknak main tangkap muat je sebab aku nak orang yang betul2 boleh menjaga aku hingga akhir hayat. Bukan cerewet dan terlalu memilih tapi memilih untuk kebaikan tidak mengapakan? Rasanya tak salah pun kalau nak pilih seseorang yang betul2 dirasakan dapat menjaga dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

Buah hati sekarang ni tak layak jadi suami ke? Pasti soalan itu yang bermain di fikiran sekarang ini kan? Buah hati pengarang jantung sekarang ni boleh dan layak jadi suami tapi jodoh tu ketentuan ALLAH kan? Macam2 yang boleh jadi. Oleh sebab itulah lebih baik kata WALLAHUALAM. Aku taknak memilih tapi aku tau ALLAH lebih mengetahui akan segala sesuatu. So, I won’t give up and just let HIM do the job. It’s already written and I will accept it.

Kat bawah ni aku sertakan sekali hadis2 yang aku dapat dari internet. Sharing is caring, so I share what I’ve got. Thanks reader. Keep on following my terrible blog that I wrote what I want that come from my heart. See you in next post! Muahhh!!!


“ Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.”

“Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".”

“Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.  ”