Assalamualaikum. lama terbiar blog ni atas sebab2 tertentu.
Kali ni hakak nak story pasal kontraktor tidak bertauliah. haaaa! sakit pulak hati kita ni.
Ok, citenye cenggini. Abah suruh sorang hamba Allah ni merangkap abang ipar hakak la renovate rumah yg hakak duduk ni. takat pecahkan dapo basah dgn dapo kering je. abah nk bg rata xnk ada gap sbb ada budak kecik abah takut jatuh ke apa nanti.
Ok, kerja bermula dari bulan puasa tapi sampai ke harini x siap lagi. There's a reason why still incomplete. Because he came late around 12 - 2 pm. If he came early, he will go back around 2 @ 3 pm. Memang dia buat suka hati dia je. Bila kita tegur, dia boleh jawab "Haaa! Sapa suruh bapak kau amik aku kerja. Kau tanggung laa"
Bole dia jawab gitu. Rasa ringan je tangan ni nak lempang lelaju mulut tu. Kau sedar x bapak aku bagi kau duit makan? Kau sedar ke tak? Kau mana reti nak sedar sebab kau tak reti nak bersyukur. Sebab tu jugak la kau x boleh kerja dengan orang lain sebab perangai kau yg ikut kepala kau yg suka hati kau je nak kerja pukul berapa nak balik pukul berapa bila nak cuti.
Abah kalau boleh nak bagi income kt kau dari kau duduk termenung membesarkan telo je pastu isteri kau yg tanggung kau. Tu yg kau x sedar kan. Meh aku sedarkan sikit. Otak tu tolong jangan simpan je buat pekasam. Ok, sekian cerita dari hakak yg panas
Apa yg tercatat di sini lahir dr dlm hati yg berbicara Segala cemuhan diterima dgn hati yg tenang Segala pujian dipanjatkan kepada Pencipta Biar apa orang kata yg penting diri ini lebih mengenali dr orang lain
Friday, July 14, 2017
Monday, November 28, 2016
Rancangan Realiti/Hiburan
Assalamualaikum
Aku ni penonton setia Gegar Vaganza. Dari GV 1 lagi
dok tengok sebab dapat dengar lagu2 lama yg dipertandingkan. Aku ni jenis yg
akan tengok je tanpa menyokong mana artis sekalipun sebab aku support semua.
Aku sangat tidak faham apabila org dok mengata artis tu
x bagus & x sedap tapi masih kekal. Masalah lagu pun sama jugak sampai
orang pertikaikan nape org tu dapat lagu sendiri, nape org tu dapat lagu senang
je, nape itu nape ini. Aku ni bersyukur sangat sebab GV ni markah 100% dari JURI PROFESIONAL tanpa melibatkan mana2
campur tangan undian penonton. Aku sangat FAHAM
konsep pertandingan ni yang mana aku sangat sokong, bahagia dan gembira.
Artis yg terkeluar dan yg masih tinggal tu rezeki
masing2. Kenapa la nak pertikaikan rezeki yg ALLAH dah bagi. Aku tak rasa perlu
fanatik sangat menyokong mana2 artis sekalipun. Kalau nak sokong pun x perlu
mengata org lain. KENA FAHAM KONSEP &
ADAT PERTANDINGAN.
Tak perlu mengutuk, mengata, memfitnah, mencaci,
memaki orang lain. Kita semua manusia biasa sahaja yg sangat tidak sempurna
serba serbi. Jadi mengapa perlu mengata orang? Sedihnya aku tengok komen yg
penuh unsur fitnah, mengata, mengutuk ni. Itu aku yg baca, bayangkan artis lain
yg baca komen tu. Apa perasaan dorg? Kebiasaannya jari ni terlebih laju dari
otak yg berfikir. Jadi, aku pesan pada yg membaca ni, fikir dulu sebelum
menaip. Jangan taip dulu baru nak fikir.
Tengok je sudah, x perlu mempertikaikan setiap rezeki
orang lain. Aku x tuju pada sesiapa pun so sape makan cili tu rasa la pedas
hangat berapi yek. Sekian, wasalam.
Tuesday, November 22, 2016
Keguguran Trimester Kedua
Pejam celik, pejam
celik, setahun sudah berlalu. Setahun sudah pemergian anaknda puteri tercinta
saat usia kandungan hampir 20 minggu. Sayu dalam hati hanya Allah yg mengerti. Kehilangan
kali pertama pada usia 17 minggu di bulan Februari 2015 memberi satu kekuatan
dari sisi yang lain pada diri ini. Kehilangan kali kedua pada November 2015 menambah
lagi kekuatan itu. Benarlah Allah menguji apa yang mampu ditanggung oleh
hambanya.
Alhamdulillah, aku
bersyukur pada Yang Esa diatas anugerah yang tidak terhingga itu. Sedih terasa
di jiwa, lemah terasa di minda, kelu lidah untuk berbicara. Ujian yang diberikan
memberi kekuatan yang tidak ada insan lain ketahui. Kekuatan dari segi mental
yang dibina atas setiap ujian yang diterima.
Keguguran pada trimester
kedua adalah sesuatu yang jarang berlaku. Bagi aku yang kehilangan 2 insan pada
trimester kedua pada tahun yang sama mendapat perhatian doktor yang merawat. Pelbagai
teori keluar yang dikatakan oleh org lain sebagai punca dan penyebab keguguran.
Pada aku sendiri, itu bukan rezeki aku untuk mendapat cahaya mata dalam masa
terdekat. Ada hikmah di sebalik semua ini.
Pada yang baru
mengandung tu, jaga lah kandungan sebaik mungkin. Pada yang baru saja
keguguran, jangan bersedih diatas kehilangan. InsyaAllah rezeki lain akan tiba
dulu. Berserah dan berdoalah pada Yang Maha Esa.
La Tahzan. Innallaha Ma'ana
Friday, November 18, 2016
Be PROFESIONAL
Mengangkat berat bukanlah punca utama keguguran. Tak semua orang
itu dikurniakan rezeki yg sama. Kenapa perlu menyalahkan angkat benda berat
sebagai punca keguguran? Terdapat pelbagai faktor lain penyebab keguguran.
Masalah peribadi jangan dicampur adukkan dengan kerja. Sangat tidak
professional ok. Aku sangat x respek org yg campur aduk masalah peribadi dengan
hal kerja. Ko ada masalah dgn org tu x perlu la heret org lain sama dalam hal
ko dgn dia.
Ye, aku faham ko kecik hati sebab ko x naik jadi Head Accounting
ni, tapi aku bersyukur ko xnaik sebab ko bukan nak kisah hal org bawahan ko
lagi kan. Ko sekarang ni fikir diri ko je kan. Ade ko kisah org bawahan
berhempas pulas nak siapkan kerja nak kejar deadline? Ko hanya tau kerja siap &
submit on time. Ko bole pulak gi bercuti oversea kan. K fine!!
Sebab tu bos bagi org lain yg naik jadi Head sebab Nampak potensi
org tu. Org tu pun pandai nak kawal emosi & jadi professional. Org tu
pandai bezakan masalah kerja & peribadi bukan campur aduk mcm ape yg ko
buat. Ko buat cmtu, org bawahan ko jadi mangsa. Ada ko fikir?
Tolong lah ye, jadi professional & open minded sket. Jangan narrow
minded sgt!
Monday, August 15, 2016
Tips Penjagaan Kucing
Assalamualaikum
Hari ni rasa
nak kongsi sikit tips penjagaan kucing. Pengalaman tidaklah seberapa banyak
tapi tetap jugak nak kongsi untuk insan yang baru berkecimpung dalam dunia
kucing. Kesedaran mengenai haiwan peliharaan yang comel ni semakin meningkat.
Ada yang memang minat kucing secara semulajadi, ada juga yang minat kucing
kerana mengikut trend terkini. Terpulang kepada individu itu sendiri.
Diri ini
sendiri bukan jenis yang minat kucing sejak kecil kerana tidak dibiasakan
dengan kucing akibat dari ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan. Diri
ini juga mempunyai masalah kulit, seboleh mungkin dielakkan dari kucing sewaktu
kecil. Suami pula memang sudah terbiasa dengan kucing sejak kecil lagi. Ada
kucing yang manja sehingga boleh dipeluk untuk tidur bersama dengannya.
Disebabkan minat suami inilah yang mendorong diri ini untuk membiasakan diri
dengan kucing. Cuma ada masa terpaksa menjauhkan diri kerana masalah kulit yang
sensitif.
Dari seekor
kucing yang dibela, seekor diberi oleh orang lain, kini telah ada 11 ekor
kucing hasil pembiakan. Setiap bulan tidak lepas dari membeli keperluan mereka.
Alhamdulillah, setakat ini sentiasa ada rezeki untuk si comel yang tersayang.
InsyaAllah akan sentiasa ada rezeki untuk mereka. Apa yang penting keikhlasan
menjaga bukan hanya sekadar memikirkan keuntungan semata.
Apa yang
diperlukan untuk penjagaan si comel?
1) Makanan
yang berkualiti tinggi
Makanan
yang berwarna sebaik seperti produk Whis, Fris & SmaHea sebaiknya dielakkan.
Makanan berwarna boleh mengakibatkan masalah kesihatan pada kucing. Harga
makanan yang berkualiti ni setanding dengan kualiti makanan. Memang bukan murah
seperti makanan berwarna tetapi amat baik untuk kesihatan kucing. Kalau benar
sayangkan haiwan kesayangan Rasullullah s.a.w, kenapa perlu berkira?
InsyaAllah, kucing ini akan mendoakan tuannya murah rezeki.
2) Tempat
tinggal yang selesa
Berikan
tempat tinggal yang selesa buat si comel. Sekiranya dikurung dalam sangkar,
pastikan segala keperluan untuk proses perkembangannya dipenuhi. Jangan
dikurung dalam ruangan yang sempit. Si comel juga berhak mendapatkan tempat
tinggal yang selesa sepertimana kita juga mahukan tempat tinggal yang selesa.
Pernah juga saya melihat kucing dewasa lebih kurang 6 ke 7 ekor diletakkan
dalam bilik air. Ruangnya sangat kecil sehinggakan si comel tersebut terpaksa
berhimpit. Tiada ruang untuk mereka bermain. Saya memilih untuk tidak mengurung
kucing di dalam sangkar kecuali atas sebab-sebab yang tertentu dan terpaksa
melakukannya. Semua dibiarkan bebas bermain di dalam rumah agar si comel
selesa.
3) Vaksin
Jangan
terkejut. Si comel juga memerlukan vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit.
Saya bukan anti vaksin. Kucing digalakkan untuk mengambil vaksin bagi mencegah
dari penyakit yang berjangkit. Kucing hendaklah bebas dari sebarang penyakit
pada hari vaksinasi. Ada sesetengah kucing akan menjadi terlajak hyper setelah
divaksin, dan ada juga kucing yg akan menjadi lesu dan lemah seketika. Sekiranya
kucing tidak sihat dalam tempoh 2 minggu selepas divaksin, sila bawa si bulus ke
klinik semula untuk mendapatkan rawatan lanjut.
4) Ubat
kutu & cacing
Ubat
kutu dan cacing juga penting untuk si comel supaya menjadi sihat dan lincah. Sekiranya
kutu memenuhi badan si comel, ia akan melemahkan badan kucing kita. Badan kucing
juga akan menjadi kurus kerana kutu dan cacing mengambil segala khasiat makanan
yang dimakan oleh kucing. Berdasarkan pengalaman sendiri merawat anak kucing
yang dipenuhi cacing dalam badan dan kutu, kucing tersebut menjadi sangat kurus
sehingga menampakkan tulang sahaja. Amat berbeza dengan anak kucing yang lain. Selepas
dua minggu diberikan ubat kutu dan cacing, barulah badan anak kucing itu
menjadi sihat seperti adik beradik yang lain.
Harus diakui membela kucing memerlukan modal yang amat tinggi. Semuanya bergantung kepada kemampuan kita dan janganlah sampai membebankan diri sendiri mahupun orang lain hanya kerana ketidakmampuan berbelanja untuk kucing. Jangan hanya kerana mengejar pahala tetapi akhirnya mendapat dosa.
Wednesday, July 27, 2016
SAYA TAK SUKA DIPAKSA MAKAN!!!
Petang semalam, aku disua dengan sejenis makanan oleh seorang kakak
di pejabat.
Kak Z : Adik, awak nak rasa kuih ni?
Aku : Kuih apa tu?
Kak Z : akak pun xtau. Awak rasa la dulu
Aku : (tengok kuih tu) Takpe lah kak. Saya xnak
Kak Z : xpe, akak rasa sikit dulu pastu awak rasa tau
Aku : saya xnak!
Kak Z : belum rasa dah xnak? Sedap ni (sambil makan sedikit)
Aku : saya xnak
Kak Z: awak rasa dulu. Kalau awak makan jadi apa? Nanti awak luah
balik?
Aku : kalau saya xnak, saya xkan makan. Tu je
Kak Z : kalau awak makan jugak? (sambil sua ke mulut aku)
Aku : TAK!! Saya memang xkan makan apa yg saya xnak makan.
Kak Z: Kalau awak makan jugak jadi ape?
Aku : Saya xkan makan!! (terus hadap PC buat kerja)
Maaf lah kak, saya memang xkan makan apa yg bukan kena dengan
selera saya. Kalau saya nak, saya makan, kalau saya xnak, memang saya xkan
makan. Kalau bau pun saya dah x berkenan, saya memang xkan telan makanan tu.
Nak kata saya cerewet pasal makan, kata laaa. Perut saya bukan
perut akak. Tekak saya bukan tekak akak. Sedap pada akak x bermakna sedap juga
pada saya. Saya pun tak faham sangat kenapa seboleh mungkin orang nak paksa saya
makan apa yg orang makan. Terutama sekali akak2 dekat dalam pejabat ni.
Mak saya yg dah jaga saya dari kecik tau perangai saya. Mak saya
pun x pernah nak tala je makanan kalau saya xnak makan. Mak saya dah bela saya
lebih 20 tahun. Memang memerlukan kesabaran yg sangat tinggi untuk suruh saya
makan sebab saya bukan jenis telan je apa yg ada depan mata.
Tuesday, July 26, 2016
Pengalaman : Pembayaran bil melalui MyBSN
Buat
pertama kalinya semalam aku guna myBSN untuk bayar bil bulanan. Sebelum ni aku
guna M2U je untuk bayar segala bil bulanan. Disebabkan pertambahan pembayaran
ansuran bulanan kereta mulai bulan ni melalui Auto-Debit dari akaun M2U aku,
segala bil akan dibayar melalui akaun myBSN En Suami.
Sejujurnya
aku ingatkan servis MyBSN ni sepantas M2U, akan tetapi ianya tidak seperti itu.
Servis MyBSN agak perlahan berbanding M2U. Ianya mengambil masa dalam 3 HARI
BEKERJA.
Kenapa
lambat sangat? Aku pun xtahu la kenapa sebegitu lambat dan perlahannya servis
mereka itu. Ini adalah kali pertama dan terakhir aku menggunakan perkhidmatan
online MyBSN ni. Jadi, aku sangat tidak rekemen sesiapa pun untuk buat
pembayaran melalui MyBSN.
Aku
lebih rela beratur panjang dan di kena cas perkhidmatan dekat pejabat pos
daripada menunggu 3 hari bekerja. STRESSSS MAK JEMAH TAUUUU!!!
*Mulai
bulan Ogos 2016, Mak Jemah akan pergi BSN keluarkan duit pastu masukkan duit
dalam akaun MAYBANK untuk buat segala pembayaran bil. Takmo la Mak Jemah guna
interbank GIRO. Mak Jemah takut bape hari bekerja pulak la baru dapat. huhuhu
aku xtau pulak kalau makan pun nak kena paksa.
walhal makan bayar sendiri kot
aku rasa sangat membazir bayar mahal utk makan secoet je
kalau aku jenis yg makan banyak2 xpe la jugak
memang la org kata gi makan je
tapi kalau xnak bayar mahal, tu pilihan sendiri kn
RM35/pax aku boleh buat belanja utk 3hari
jamuan raya Corp Actg 2016 memang aku xnak join pun
xtau la plak yg lain pun xnak jugak
biar la org nak kata apa pun
duit aku, aku yg uruskan
in case of emergency, bukan org yg dok bercakap tu nak tanggung nanti
diri sendiri kannnn

Wednesday, June 29, 2016
Terima kasih kawan
Kerana salah faham wujudnya sengketa
Kerana salah faham wujudnya jarak antara kita
Kerana salah faham tiada lagi kemesraan antara kita
Maafkan aku kawan andai aku mengguris hatimu
Maafkan aku kawan andai aku penyebab kau menjauhkan dirimu
Maafkan aku kawan andai kau terluka kerana aku
Rahsiamu selamat denganku
Tiada siapapun yg tahu
Kerana soalan yg hampir tepat
Kau mengata aku membongkar rahsiamu
Memang aku suka bercerita
Memang aku suka bercakap
Tetapi kau menyuruh aku menyimpan rahsia besarmu
Aku akur dengan arahan itu
Masih selamat lagi rahsiamu itu
Walaupun kau tidak lagi mahu menegurku
Terima kasih sudi meminjam bicara
Terima kasih sudi meluangkan masa
Terima kasih atas segalanya
Kau akan kekal menjadi sahabatku
Walaupun kini aku menjadi musuhmu
Tidak terlintas untukku menjauhkan diri
Tetapi demimu aku membawa diri
Thursday, June 9, 2016
Aqiqah
Kenduri Aqiqah?
Bagi aku x buat pun xpe. TAPI bukan la x buat langsung.
Aku lebih rela bayar duit dekat EZQurban daripada buat kenduri Aqiqah dekat
rumah.
Well, aku ni bukan jenis yg suka nak renyah2. Pada aku
better buat dekat EZQurban sebab mereka ni adalah team yg dipercayai.
Tempat yg menjadi pilihan pun bukan sembarangan. Lokasi
yg sangat memerlukan bantuan makanan dan insyaAllah tidak akan membazir
walaupun secebis daging.
Lokasi yg menjadi pilihan adalah di negara-negara yang
umat Islam di Kemboja, Indonesia, Thailand, Vietnam, Rohignya, India dan
Filipina.
Harga? Refer je dekat laman web EZQurban tu.
Biase la mak mak mesti nak suruh buat kenduri aqiqah ni
sekali dengan cukur jambul.
Dah jadi trend skrg ni majlis cukur jambul siap dgn
mini pelamin + goodies bag.
Pendirian aku, hari ke 7 bayi dilahirkan cukur je
rambutnya & terus bagi nama.
Tak perlu la nak majlis yg belum tentu nanti setiap org
yg datang tu akan menghargai makanan.
Ye, faham. Niat kita nak bagi org makan.
Tapi, bukan semua org akan menghargai setiap inci
makanan itu.
Harus diingat ye, tulang2 kambing yg diaqiqahkan itu
haruslah diurus dengan sempurna.
Majlis cukur jambul juga harus dielakkan perkara
bidaah.
Perlu tahu bezakan antara adat & syariat. Adat org
melayu ni banyak bertentangan dengan Agama.
Betul ke tidak tindakan kita itu, perlu rujuk pada yg
pakar.
Jumpa dan rujuk lah pada ustaz di masjid, jangan cari ‘ustaz’
dalam FACEBOOK.
Ok, itu saje nak bebel. Sekian
Monday, June 6, 2016
Jangan Jadi LALAT
Lalat & langau ni sejenis makhluk yg hinggap di mana2
sahaja. Tanpa mengira bau, warna dan rasa.
Ia sama juga seperti manusia yg bujang memikat suami/isteri
orang tanpa mengenal erti dosa.
Spesis perosak rumah tangga ni aku kategorikan sebagai lalat
& langau.
Sepertimana lalat yg membawa penyakit dengan membawa
bakteria bersamanya, manusia yg seperti lalat ini memecah belahkan hubungan antara
suami isteri.
Memang benar, jodoh tu ketentuan Allah
Seeloknya, bila kita dah tahu status seseorang itu adalah
hak milik orang lain, maka berundurlah demi menjaga hati pasangan tersebut
Bukan menghinggap seperti lalat dengan membawa ‘penyakit’
dalam rumah tangga
Manusia jenis ‘lalat’ ini aku kategorikan sebagai makhluk
perosak sama seperti lalat
Semoga Allah menjauhkan makhluk perosak ini dalam rumah
tangga kita
Janganlah jadi seperti lalat
Kehadirannya amat dibenci orang
Dihalau tetapi tetap juga mahu kekal disitu
Thursday, June 2, 2016
Restoran Wadi Ar-Raudhah, Seremban
Assalamualaikum. Kali ni nak story pasal Restoran
Steamboat & Grill yg insyaAllah halal di Seremban. Harga untuk steamboat ni
tidak lah mahal, malah berbaloi untuk org yg sukakan seafood macam aku.
Sebenarnya, sabtu lepas (28 May 2016) dah
sampai sana & dah cuba. Disebabkan keadaan diri yg penat + letih + lapar +
bateri fon flat, makanya tiada lah gambar yg sempat di’snap’. Untuk kepuasan
sendiri, silalah ke sana dan alami keenakan steamboat & grill murah tu.
Harga? Dewasa RM 25, kanak-kanak (5-12 tahun) RM14. Murah kan?
Harga berbaloi lah juga. Tak lah mahal
pada aku sebab makan la byk mana yg nak. Makan sampai kenyang.
Keistimewaan dekat restoran ni adalah nasi goreng, mee goreng, bihun goreng turut disediakan. Yelah, bukan semua orang boleh telan camtu je seafood ni. Ada yg nak sekali dengan nasi. Ikut tekak masing2.
Kalau rasa muak sket, makan la aiskrim. Amik
la byk mana pun, tambah la berapa kali pun, tade hal punye. Abis makan jgn lupe
bayo.
Aiskrim ni bukan takat budak je yg suka,
mak bapak pun suka jugak kan. Hahaha
Parking? X perlu risau tempat parking penuh, parking je tepi jalan berhampiran dengan restoran.
Pesanan penting, sila buat tempahan awal untuk mengelakkan tiada tempat kosong. Kebiasaannya, waktu hujung minggu selalu penuh. Tempahan awal amatlah digalakkan agar tidak mengecewakan perut anda. Kih kih kih
Gambar berkaitan makanan, sila refer pada blog INI. Thanks uolls

Hal makan
Makan
Bab
makan memang aku memilih
X
semua org boleh makan semua benda
Citarasa
kita berbeza
Citarasa
kita x sama
Rambut
sama hitam hati lain2
Perut
aku, tekak aku
X
sama dgn org lain
Perut
kita x sama
Ada
yg suka pedas, ada yg x tahan pedas
Ada
yg suka lebih garam gula, ada yg mengawalnya
Bukan
semua org makan apa yg kita makan
Perut
aku bukan jenis yg tahan pedas
Tekak
aku bukan semua boleh hadam
Memang
lah org kata tu semua dekat minda kita
Sebab
dah set cmtu, cmtu la jadinye
Pada
aku, kalau aku paksa makan nanti muntah balik
Itu
je pilihan yg ada
Walau
aku set minda untuk telan sahaja
Bukan
aku memilih
Bukan
aku xnak terima segala makanan
Memang
aku bukan jenis yg makan segalan benda yg org lain makan
Kita
berbeza
Tak
sama semuanya
Wednesday, June 1, 2016
Perencah Wajib Ada
![]() |
| Rempah Asam Pedas Adabi - tambahkan bunga kantan & daun limau |
Assalamualaikum.
Kali ni nak story
pasal perencah segera. Perencah segera yg wajib ada dekat rumah seperti dalam
gambar di bawah.
![]() |
| Kuib Pati Ayam Adabi - tambahkan 1 kiub dalam bubur |
![]() |
| Lumur je kat ikan lepas tu bakar |
![]() |
| guna 2 paket utk skali masak baru sedap |
![]() |
| Tom Yam putih ni lg sedap |
Untuk orang yg malas + nak cepat mcm aku ni, memang segala rempah sedia kt rumah tu. Ikut je arahan dekat belakang pek tu, settle semua masalah.
Lepas makan, boleh
la teruskan aktiviti rutin harian dekat rumah tu. Siap semua boleh la tidur
dengan lena.
![]() |
| tambah sahaja dalam masakan |
Bukan sahaja menjimatkan masa, malah menjimatkan tenaga juga cuma duit je la yg x berapa nak jimat. Paling penting perut kenyang, harga letak tepi je lah. So that you can spend time with your family more faster than usual.
![]() |
| sedia utk dimakan |
I really recommend this to those who want to save their time while cooking. Most of us will do multitasking job while waiting for the dishes. Same goes to me but I'm lucky to have a husband who willing to help me in cleaning our home. I can rely to him for this.
Pernikahan Cik Cinderella
❝Opss, opss, excuse me! Tumpang lalu ye... erk... maaf mak cik... erk akak! Hehe.❞
Terkocoh² dia meloloskan dirinya di celah² orang yg sudah mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Dia sepatutnya menjadi pengapit kawannya, mujur sempat sampai! Kalau terlambat mahu kena ban friendship mereka selama 15 tahun tu!
Pintu kayu jati dikuak perlahan, takut menganggu tetamu istimewa di dlm yg tengah bersiap. Now dah pukul 11 pagi, sepatutnya dah readylah. Pagi tadi dia dah nikah, tapi buat antara family sahaja. Kebetulan dia sendiri tak dapat nak hadir pagi tu, so mampu hadir sebagai pengapit bertauliah sahaja.
Pandangan mata kedua sahabat itu bertaut. Tersengih² dia memandang keayuan wajah pengantin pada hari ini. Penat berbaur dgn perasaan serba salah sebab tak dapat datang nikah si Anisa pagi tadi. Anisa menjeling manja, saja nak balas dendam!
❝Anisa, sorrylah tadi aku memang tak sempat nak sampai. Ni dari KLIA tau aku berkejar datang ke majlis sanding ko! Straight dari Terengganu,❞ Nady cuba meraih simpati. Sekejap saja seulas senyuman mekar di bibir mulus teman baiknya itu.
❝Aku saja je nak merajuk dgn ko. Aku faham,❞ Anisa segera merapati Nady, mereka bersalaman & berpelukan. Dlm setahun juga mereka tak berjumpa. Sibuk dgn tanggungjawab & karier masing².
❝Ko sorang je? Mana mak andam?❞ tanya Nady sambil merenung ke segenap ruang bilik Anisa. Kini, bilik Anisa terhias indah sebagai bilik raja sehari. Warna pilihan hati Anisa ialah putih & gold. Memang dewi kayangan sangat.
❝Aku tak perlukan mak andam. Solek simple je.❞
❝Eh? Kan lebih cantik kalau bersolek lebih sikit? Sekali sekala Anisa oi,❞ sampuk Nady.
❝Tabarruj kan tu?❞ Anisa tersenyum manis. Semanis kurma madu gitu.
❝Sebenarnya, tak baik bersolek lebih² & berpakaian sehingga menarik perhatian orang. Bermewah² dlm perkahwinan pun, tak digalakkan dlm Islam, betul tak Nady?❞
❝Er... tabarruj... betul juga kata ko. Aku tak terfikir pulak. Em, kalau sehari je takkan tak boleh?❞ Nady memandang wajah mulus Anisa.
Anisa memang natural beauty. Wajahnya bukanlah Pan Asian, tapi keayuannya terserlah dgn kelembutan semula jadi dlm dirinya. Tak make up tebal, sebenarnya Anisa dah manis dipandang. Sekadar memakai sedikit celak, lip gloss & bedak di pipi supaya nampak lebih segar. Anisa tersenyum lagi. Ai, memang murah betul dgn senyuman si Nisa hari ni. Hari kebahagiaan mungkin? getus hati kecil Nady.
❝Tabarruj haram. Tiada pengecualian. Aku berharap sangat perkahwinan kami ni dirahmati Allah & live happily ever after. Ini pun majlis sanding, bukanlah sanding pun, cuma utk makan² nak kabo kitorang dah kahwin. Pelamin tu buat pun utk korang bergambar,❞ jelas Anisa sambil membetulkan baju kurungnya yg berwarna cream itu.
Simple sangat! Cuma baju kurungnya jenis embroidery tapi tak terlalu menonjol. Baju nikah pagi tadi juga, cuma dia menambah veil berwarna keemasan perak di atas kepalanya utk memberi sedikit kelainan.
❝Eh, tak de makan beradab & photoshoot ke?❞ Nady mengetap bibirnya. Takkan sempoi sangat! Tak bestlah beb.
❝Makan beradab...ada. Cuma aku request photographer perempuan. Ambil gambar utk kenang²an aje. Memang plan dgn Zafran nak buat sederhana je,❞ tambah Anisa. Nady terdiam. First time dia terdengar pasal photographer perempuan. Bukannya tak ada, tapi selalunya wedding ni, photographer lelaki yg diupah. Jaranglah kalau photographer perempuan tu. Eh, memang tak ada kot sepanjang aku pergi wedding kawan² lain. Semuanya photographer lelaki yg shoot gambar.
❝Nisa, meh aku tolong pinkan veil ko ni. Macam senget sikit,❞ pelawa Nady apabila melihat Anisa terkial² cuba mencucuk pin di tudungnya supaya veilnya tidak jatuh nanti.
❝Nady, aku ada terbaca dulu. Masa tu aku jahil lagi. Pasal isu ambil gambar wedding oleh photographer lelaki. Actually nak ambil gambar utk simpanan diri, dibolehkan. Kalau utk tatapan umum, jadi haram. Sebabnya jatuh haram tu apabila aksi² pasangan tu sangat mesra, berpelukan & segala bagai di depan photographer lelaki. Ada yg duduk atas riba suami, meniarap sama², lepas tu yg shoot gambar tu, lelaki. Aksi tu, sepatutnya lebih sopan & terjaga. Mungkin orang akan cakap skema....tapi ni agama dah gariskan. Sebab tu utk selamat, aku ambil photographer perempuan. Lagi pun, pilihan utk hire photographer perempuan tu ada, & bergambar bukanlah suatu yg wajib, kita pon bukannya darurat nak guna photographer lelaki,❞ cerita Anisa panjang lebar. Nady ketap bibir.
❝Aku kongsi apa yg aku tahu, Nady. Harap kau faham.❞
❝Eh, tak de apalah. Aku faham. Apa yg ko cakap tu, really make sense. Mungkin sekarang ni trend menguasai segalanya. Trend mengatasi hukum hakam agama. Bagus juga ko dapat praktikkan dlm perkahwinan ko,❞ jawab Nady dgn perlahan. Dia terfikirkan tunangnya, seorang part time photographer.
❝Dah okay ke veil aku tu?❞ tanya Anisa sambil memandang wajah Nady melalui cermin muka. Termenung pula cik akak ni. Mesti teringatkan tunang dia. Tapi, benda betul aku kena kongsi secara berkias.
❝Veil ko dah kemas dah.❞
❝Terima kasih. Cantik ko buat,❞ puji Anisa sambil mencubit pipi Nady.
❝Termenung ya. Jangan risau. Slow talk boleh, insyaAllah.❞ Nady mencebik. Uish, minah ni bukan cubit manja. Kuat juga cubitan dia. Terasa geli hatinya, Anisa seakan² dapat membaca isi hatinya.
❝Anisa, secara jujur aku suka tengok perkahwinan ko ni. Sederhana sangat. Simple & honestly takdelah macam raja sehari tapi masih nampak meriah dgn sanak saudara ko yg happening tu. Aku tengok baju ko pun, cantik tapi so simple! Memang cut cost abes ek?❞ usik Nady sambil tergelak.
❝Amboi mulut. Aha kitorang tengah budgetlah juga ni. Ni baju wedding mak aku. Cantik lagi kan. Hehe recycle jek.❞
Tok! Tok!
❝Siapa?❞ tanya Anisa.
❝Abang ni.❞ Anisa memandang Nady. Dia bingkas bangun utk membuka pintu utk suaminya.
❝Sorry kacau Nisa dgn kawan. Dah ready ke? Jap lagi dah boleh keluar. Terus makan beradab,❞ ujar suami Anisa. Lelaki itu mengangkat tangan pada Nady sebagai tanda 'hai, selamat berkenalan'. Nady menganggukkan kepalanya.
❝Oh cepatnya. Tak sedar lak masa. Thanks abang tolong remind Nisa. Kejap lagi Nisa keluar dgn kawan ya. Oh Nady, kenalkan my husband, Zafran Zaki. Abang, kawan Nisa since sekolah rendah ni, Nadiah, boleh panggil Nady.❞
❝Assalamualaikum Nady. Terima kasih selama ni tolong jaga Nisa utk saya,❞ ucap Zafran Zaki sambil tersenyum.
❝Err waalaikumussalam. Hehe, no hal. Dulu dia ni nakal tau. Sekarang aje sopan santun penuh tatasusila. Mungkin lepas jumpa En. Zafran kot,❞ balas Nady. Gagap kejap dia mendengar salam drpd suami Anisa ni. Fuh, tawaduk habis gaya!
❝Banyaklah tatasusila! Bang, kejap lagi kita orang keluar ek,❞ Anisa mencelah. Zafran Zaki sekadar mengangguk sambil menunjukkan thumbs up kpd isterinya. Kemudian, dia beredar keluar.
❝Eh?? Tak de kompang ke, berarak ke?❞ soal Nady. Macam habis pelik wedding ini! Itu & ini tak ada! Eh, jaga ayat ko. Anisa menggeleng. Gelengan Anisa tu sudah cukup utk menjelaskan persoalan di hati Nady. Nak kata kagum, entahlah. Nak kata rugi, tak juga. Sebab siapa dia nak judge Anisa. Allah Maha Mengetahui segalanya.
❝Minta maaflah wedding aku biasa je Nady. Tak meriah sangat, tak de kompang, karaoke ke apa,❞ ujar Anisa, merendah diri.
❝Anisa, it's okay. Cuma aku terkedu kejaplah. Aku macam...wow. Ko betul² buat apa yg ko cakap. I mean, good for you. Honestly. Aku doakan wedding ko dirahmati & diredhai Allah, Nisa. Aku nak sangat tengok ko happy. Bukan senang ko nak jumpa seorang lelaki yg betul² ikhlas, kan?❞ kata Nady sambil memegang bahu Anisa.
Hatinya cukup tersentuh dgn kata² sahabatnya tadi. Bukan dia nak memperlekehkan. Cuma, culture shock man! Mungkin tahap pendedahannya dlm ilmu agama sangat nipis. Ada certain benda yg Anisa sebut tadi, dia tak pernah tahu.
❝Terima kasih ko share dgn aku....ilmu yg bermakna ni. I'll keep it in my mind for my wedding.❞
❝Em, Nady. Terima kasih datang. Sebenarnya tak senang aku & Zafran utk yakinkan mak Zafran nak buat wedding simple camni. Kalau ikutkan mak Zafran, dia nak buat grand habis. Sebab Zafrankan anak bongsu lelaki dia sorang aje. Sebenarnya, ni pun idea Zafran juga. Dia berkeras nak buat simple camni. Aku pun, syukur.❞
❝Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ko diberkati. Eh jom kita keluar. Tak pasal En. Zafran ko tu kebuluran pulak.❞ Nady menarik Anisa ke muka pintu. Baju dah cantik, muka dah cun, cuma perut aje perlu diisi. Mari!
❝Aku tahu, ko bab makan nombor satu. Don't worry, aku dah ready nasi putih utk ko. Ko kan tak suka makan nasi minyak.❞ Anisa ketawa. Nady mencebik, tetapi hatinya berbunga riang krn sahabat lamanya masih mengingati makanan allergiknya itu. Anisa, ku doakan kau bahagia!
Credit to I ♥ ISLAM

Tuesday, May 31, 2016
Potluck with VDlicious
Assalamualaikum.
Sebelum menyambut Ramadan al-Mubarak yg tinggal x kurang lagi 7
hari ni, kakak2 dekat opis ni pun dengan rajinnye nak buat potluck. Decide buat
potluck ni minggu lepas lagi. So, aku ni selaku org yg x berapa nak rajin, aku
ckp je la nnt aku buat kek coklat @ kek batik. Tu je yg aku rasa paling rajin +
gigih aku nak buat di hujung minggu. Sudahnye, hujung mggu tu jadi hari yg aku
xde masa free pun nak masak utk potluck tu.
Sabtu pagi pergi pasar, tghari beli brg dapur, pastu g KLIA, malam
family dinner dekat Seremban. Ahad pulak En Suami nak balik kg. Balik hari je
katanya, biase dia mesti akan gerak balik lepas maghrib. Aritu boleh plak dalam
pukul 9 lebih baru nak gerak balik. Disebabkan sebelum maghrib tu masih lagi
dekat Pengkalan Balak tengok abg dia merangkap abg ipar aku memancing, sambil
menunggu nak balik tu, saje je la scroll FB sambil kepala dok piker cmne la nk
buat kek tu. Sekali Nampak pulak iklan promo VDlicious.
Laju je la tangan ni mengorder combo A.
Agak lambat jugak la dia reply, tapi aku pasrah je la. Dalam kepala
ni fikir bawak je la kek lapis Sarawak yg En Suami bawak balik Jumaat lepas. Dalam
pukul 8 lebih baru Fiza reply tapi malangnya aku perasan 9 lebih sebabnya masuk
kereta terus capai fon. Laju je aku reply tapi malangnya sampai ke malam takde
jugak respon. Skali lagi aku pasrah je la, kalau ade rezeki, ade la. Aku faham
mungkin kesibukan dia membakar setiap order dari pelanggan tak sempat nak balas
WA.
30 Mei 2016 pun muncul tiba, 8 pg baru la Fiza reply tanya nak
delivery pukul berapa. Malangnya aku bukan jenis yg on data waktu pagi, slm stgh
jam lepas tu baru aku reply. Dah deal dgn dia, confirm order & bayar, aku
pun tunggu je la delivery dari The Baking Couple ni. Alhamdulillah bila sampai
je kek tu dekat ofis ni, dalam 5 minit je clear Nutella Cheese Tart & Fudgy
Brownies tu. Memang aku sendiri puji akan kesedapan kek ni. Orang dah biasa
buat + expert, main campak2 je la. Kalau aku yg buat, alamatnye ke laut la
memang akan jadi berjam2 nak siap 2 jenis tu. Hahahaha
Harini, ada kakak senior tanya kalau nak order tart tu sahaja boleh
ke x. Aku la yg jadi tukang tanya sebab aku yg pernah deal dengan team
VDlicious ni. InsyaAllah, ade rezeki nanti boleh order lagi. Sememangnya tidak
rugi, super sedap dan puas hati. Cuba dulu baru tau, x cuba xtau kan. hohoho
Thursday, May 26, 2016
I Love Online Shopping
I’m online
shopper!!! Yes, exactly that’s what I am. I’m addicted to online shopping since
few years ago. I don’t like to walk in few shops just to find a suitable
dress/blouse/Jubah for me. I know it’s very difficult to find one that can
fulfill my criteria. Since I was a tall and skinny person (I know who I am), it’s
hard to find my size with affordable price.
Since that, I’ve
decided to just online shopping to save my time. My husband also know that her
beloved wife loved to online shopping rather than walk in boutique. I would buy
from different shop. I won’t buy from the same shop because I like to compare
the quality and prices. Usually, I would find a few and showed to my husband. He
would pick the one that he think suit to her wife.
For this coming Hari
Raya (most of us think it’s too early to buy), but for me this is suitable time
for me to buy so I can have time to buy shawl/scarf to match with my dress. Furthermore,
during fasting day I prefer to spend my time at home. Recite Quran and rest are
the greatest moment for me. Instead of spending time looking for Baju Raya,
walk from one boutique to another, better just stay at home.
Since we don’t have
a kids, so we can spend our money for us (just for the time being). I don’t really
care about what others would think. I just think of myself, and my husband. I do
what I loved to do and I won’t do what others loved to but I don’t loved to. I won’t
bother what other people would think about me because that’s what I am. I know
people would think that I overspend to myself, but for me it’s a therapy for
myself. I love to see all been hanging with various colour and style.
Wednesday, May 25, 2016
Kadang rasa nak gelak ada, nak marah pun ada jugak. Benda senang
tapi memerlukan bantuan orang lain. Kerja yg sangat senang, boleh buat sendiri
tanpa memerlukan bantuan orang lain. Hanya tekan dah siap! Printing pun hang
nak suruh cheq buat ka? Ayoyo
Lagi 1 kerja copy n paste pun nak suruh cheq jugak. Kerja yang
budak 4 tahun pun pandai buat. Itu pun nak bagi cheq jugak buat padahal bukan
dia bz pun. Bz body ade lerrr. Dah bagi aku buat kerja copy paste tu, slamber
badak je dia angkat fon dok cong ceng cong ceng. Eh eh eh, sakit pulak hati
kiter ni.
Benda ni bukan baru pun. Dari cheq dok kerja kat sini lagi
dah kena buat kerja paling simple yang budak kecik celik IT tu pun pandai. Sebenaqnya
depa ni bukan x reti nak buat, depa malas sebab kerja tu renyah. Tu senang main
tunjuk je kena buat apa. Yelah, pangkat lagi tinggi dari kita kan. Boleh lah
main suruh je kan. Ni lah diskriminasi namanya.
Adobe Reader yg mmg dah install hanya basic pun dia aci redah je ingat tu premium bole edit bagai. Hekeleh!! Nampak sangat la guna Adobe tu takat untuk bukak PDF je kan lepastu pass je kat orang lain suruh buat apa. Tak pun x pernah bukak pun Adobe tu. Tu yg x pernah tau Adobe tu boleh edit ke x kan. Payah dapat orang yg cmni. Tau tunjuk kat orang je, x pernah tau nak buat camna. Taunye tengok dalam kertas yg dah siap print je. Alasan mata penat tengok PC lama2.
Dah tu orang suruhan hang tu x ngadap PC ke? Ngadap tepon je ke buat keje tu? Haishhh!! Sabo je lerrrr

Penyalahgunaan Laluan Kecemasan
Assalamualaikum
Pertama sekali aku nak ucapkan takziah pada keluarga mangsa
kemalangan Ahad lepas (22 Mei 2016) di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran
Simpang Ampat tu. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pergi. Semoga roh arwah
ditempatkan di kalangan orang beriman. InsyaAllah. Janganlah kita terus
menyalahkan sesiapa kerana ajal kita telah ditetapkan sejak kita dalam
kandungan ibu lagi. Andai sudah tiba masanya, tidak akan lambat atau cepat
walaupun sesaat seketika.
Keduanya, aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
pengguna laluan kecemasan pada hari tersebut. Tahniah sebab anda berjaya merampas
nyawa orang lain. Semoga perbuatan itu mendapat balasan yang setimpal kelak
untuk dijadikan pengajaran kepada anda semua yang terlalu bijak menggunakan
laluan kecemasan hanya untuk melepaskan diri dari kesesakan lalu lintas itu.
Ketiga, aku nak habaq sket ni pasal emergency line yang ampa dok
salah guna tu. Ampa tau dak apa sebenaqnya fungsi emergency line tu? Dah nama
pun emergency guna hanya bila saat, detik dan waktu kecemasan sahaja. Bukan ikut
tekak ampa nak pi lalu situ sebab nak elak kesesakan lalu lintas. Memang rakyat
Malaysia ni suka melangggar undang2. Dah menjadi kebiasaan dah setiap kali nampak
lampu break bertindan kat depan, mesti nak potong ikut emergency line.
Bukan sahaja di lebuhraya, malah, di jalan biasa juga sama. Sudah
menjadi kebiasaan dan kelakuan rakyat Malaysia untuk menggunakan laluan
kecemasan tidak kira masa. Tabiat ini perlu dikekang daripada berterusan,
tetapi ianya bergantung atas kesedaran diri sendiri. Kita tidak tahu bagaimana
nasib kita kelak kan? Renung2kanlah
Saturday, May 21, 2016
Eye-Riz Optometry
Assalamualaikum.
Eye-Riz Optometry merupakan sebuah syarikat Bumiputera graduan
UKM kalau tak salah aku. Disebabkan hak milik bumiputera ni la yg aku memang
support sangat. Setakat ni dah 2 kali aku buat spek kat situ. Alhamdulillah sangat
selesa dengan cermin mata dari kedai ni. Tambahan lagi layanan mesra dari
pekerja di sana memang buat aku terpikat la.
Staff yg peramah dah macam ahli keluarga sendiri dah rasanya. Eye-Riz
ni banyak cawangannya. Cawangan yg berhampiran dengan aku ni Pekan Sg Besi la
mana lagi kan. Pagi tadi baru je tukar nose pad yg baru sebab yg lama tu dah
berkulat + berminyak tah camna tah nak describe. Kebetulan pulak kain lap spek
dah hilang, beli skali la kain tu.
Bulan 12 tahun lepas aku ada beli lens dari kedai ni. So, tadi
akak tu tanya la camna pengalaman aku guna lens tu. Sebab segala sejarah
pembelian memang ada dalam rekod dorg ni jadinya senang la. Since aku ni ada
rabun silau sekali, aku memang sangat tak digalakkan pakai lens. Lens memang
xde backup untuk rabun silau. Takat rabun jauh/dekat tu boleh la cover.
Aku beli lens tu pun untuk majlis resepsi sepupu aku. Saje je la
nak cantikkan diri hari tu. Bukan setiap hari pun nak jadi cantik tu. Cantik sehari
tu pun lepas mendapat kebenaran dari En Suami. Alhamdulillah En Suami pun puji
cantik dan dia pun suka tengok aku cantik. Yelah, isteri dia bukan jenis nak
melaram pun. Kalau datang gatal tu je la yg tetiba nak melawa dalam rumah. Just
for my lovely husband.
Ok, back to story. Kedai Eye-Riz ni menawarkan harga berpatutan.
Layanan dan servis lepas jualan pun turut disediakan. Ada masa tu saje je aku
pergi kedai tu bersihkan spek yg kotor ni. Alhamdulillah staff memang akan buat
punya tanpa caj perkhidmatan. Highly recommended!!
Subscribe to:
Posts (Atom)